awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri bakal umum dasar memperkasakan ekonomi Bumiputera

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2013
23:00 MYT
Perdana Menteri bakal umum dasar memperkasakan ekonomi Bumiputera
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijadualkan akan mengumumkan dasar-dasar bagi memperkasa ekonomi Bumiputera seiring usaha merealisasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Najib yang juga Menteri Kewangan, dijangka menyentuh aspek pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah oleh Bumiputera.
Intipati penting dalam memastikan kejayaan pemerkasaan kali ini ialah pelaksanaan berkesan di setiap peringkat.
Biarpun sudah banyak dasar-dasar diperkenalkan terutama untuk memperkasakan ekonomi Bumpitera, namun dari segi pelaksanaannya ia masih dilihat gagal terutama bagaimana untuk menangani masalah ekonomi 40 peratus rakyat yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
Tokoh wartawan kebangsan, Datuk A. Kadir Jasin berkata usaha menangani masalah ekonomi golongan berpendatan rendah penting kerana majoritinya adalah Bumiputera.
Pengumuman yang bakal dibuat Perdana Menteri itu mendapat reaksi yang berbagai dari usahawan Bumiputera.
Antaranya, Ketua Pegawai Eksekutif NetCarbon, Mohd Rashdan Ramlee berpendapat usahawan Bumiputera perlu mengubah mentaliti dan sanggup untuk turun belajar dari bawah.
Katanya, usahawan Bumiputera juga perlu bergabung untuk mewujudkan satu ekosistem perniagaan seperti yang dibuat oleh orang bukan bumiputera.
Sementara bagi Pengarah urusan Terato tech, Reza Razali berpendapat perlu ada rombakan besar dalam implementasi program dan dasar untuk usahawan.
Bagi Pengasas dan Pengarah Urusan Syarikat Penyedia Aplikasi Mudah Alih, MadCat World, Nuraizah Shamsul Baharin berkata usahawan Bumiputera memerlukan sokongan yang menyeluruh bukan kewangan semata-mata.
Katanya industri digital menawarkan akses pasaran yang luas dan mampu mengurangkan kebergantungan usahawan Bumiputera kepada bantuan luar.
Pengasas Syarikat Teknologi Zypher Sdn Bhd, Mohd Dhiauddin Saman pula berpendapat satu fokus khusus perlu diberi bagi mewujudkan langkah baru supaya dapat mengangkat kedudukan usahawan Bumiputera ke peringkat lebih tinggi.
Antaranya, usaha mendapatkan akses termasuk teknologi supaya mereka mampu bersaing di pasaran terbuka.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#dasar
#Kadir Jasin
#Najib Tun Razak
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan