PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri Majlis Iftar MADANI anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diadakan esok bersempena dengan cuti Nuzul Quran.
Bertempat di Bulatan Dataran Putra di sini, JAKIM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan majlis yang diadakan bermula pukul 5.30 petang akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Menurut JAKIM, orang ramai yang menghadiri majlis iftar yang julung kali diadakan itu, berpeluang berbuka puasa beramai-ramai secara santai dan duduk bersila bersama-sama dengan Perdana Menteri.
"Objektif majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan persaudaraan dan kebersamaan masyarakat melalui perkongsian rezeki, sekali gus dapat bersama-sama berbuka puasa dengan Perdana Menteri.
"Selain itu juga, ia membuka ruang kepada agensi kerajaan bersama Perdana Menteri untuk mendekati, menyantuni serta merasai kondisi pelbagai lapisan rakyat di negara ini di samping menyuburkan semangat rahmah dan perpaduan di negara ini," menurut kenyataan itu.
Menurut JAKIM, antara acara menarik bersempena dengan Majlis Iftar MADANI ialah penampilan istimewa persembahan nasyid daripada Kumpulan Zawfan dan Awla, Tazkirah Santai Ustaz Norazam Bahadur dan Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee dan Tausiyah Ramadan Ustaz Abdul Hadi Bakri, Ketua Sekretariat Duat Al Falah.
Sehubungan dengan itu, JAKIM menjemput orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir memeriahkan lagi majlis berkenaan.
"Bagi memastikan keselesaan orang awam yang hadir, bas ulang-alik disediakan di check point Hentian Suasana PJH ke Masjid Putra dan kenderaan boleh diletakkan di kawasan parkir di Suasana dan CIMB Presint 2 (Selatan) serta di kawasan parkir berhampiran Kompleks Pejabat Perdana Menteri (B13) yang mencukupi," menurut kenyataan itu.
Program Majlis Iftar MADANI ialah anjuran bersama JAKIM dan Perbadanan Putrajaya serta kerjasama dengan 14 agensi agama Persekutuan dan rakan-rakan strategik lain termasuk Tenaga Nasional Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
JAKIM menjemput orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir memeriahkan Majlis Iftar MADANI yang akan diadakan di Bulatan Dataran Putra, Putrajaya esok, sempena cuti Nuzul Quran. - Facebook JAKIM
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
Isu logo didakwa mirip kalimah Allah di tapak kasut: Tindakan tegas jika disengajakan - Jakim
Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's yang didakwa mirip kalimah Allah.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Masjid Negara mohon maaf isu pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung
Pengurusan Masjid Negara memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Stoking kalimah Allah: JAKIM beri amaran keras kepada pengurusan KK Supermart
JAKIM memberi amaran keras kepada pengurusan KK Supermart and Superstore Sdn Bhd supaya isu melibatkan sensitiviti keagamaan tidak berulang lagi.
Mohamad Sabu terima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina, persijilan halal antara dibincang
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina Diana Mondino, semalam.
Majlis ilmu Madani digerakkan di kementerian, jabatan kerajaan - Mohd Na'im
Majlis ilmu Madani akan terus digerakkan di semua kementerian dan jabatan kerajaan bagi menyemarakkan budaya ilmu dalam masyarakat.