PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Putra, di sini bagi menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023.

Turut hadir mengiringi ketibaan beliau ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, serta beberapa jemaah menteri yang lain selain pegawai-pegawai tertinggi kerajaan.

Pogram itu turut diraikan orang ramai yang mengambil bahagian pada program yang bermula sejak 6.30 petang.

Anwar juga dijangka akan menyampaikan amanat khas sempena Tahun Baharu 2023 pada majlis tersebut yang bakal disiarkan secara langsung malam ini.

Pada 21 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan membatalkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, susulan bencana banjir di beberapa negeri dan kesusahan dialami rakyat.