MANJUNG: Seramai 30 individu, termasuk tiga warganegara China, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan penipuan dalam talian membabitkan tawaran pekerjaan tidak wujud, Isnin lalu.
Kesemua mereka yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh kepada suatu pakatan jahat jenayah dengan bersetuju antara satu sama lain untuk persediaan melakukan suatu perbuatan menyalahi undang-undang iaitu menipu tawaran kerja tidak wujud dengan persediaan berdasarkan 124 unit telefon bimbit, sembilan unit komputer riba dan 22 set komputer.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Desair Apartment, Jalan Lumut Tingkat 12 dalam daerah Manjung pada 5.45 pagi, pada 25 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 120(B)(2) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurjihan Jaya, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Syafiq Salleh dan Tuan Muhammad Arief Tuan Mohamad Yusof.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 setiap seorang atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda kepada tiga remaja berusia 18 tahun dan 19 tahun.
Manakala tertuduh selebihnya masing-masing didenda RM5,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda
Tiga lelaki warga asing turut dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Semua tertuduh berkenaan membayar denda masing-masing
Terdahulu, media melaporkan, polis membongkar empat pusat panggilan sekali gus menumpaskan sindiket penipuan dalam talian selepas menahan 83 individu termasuk 10 warga China di Lumut.
Sindiket itu dipercayai aktif sejak dua bulan lalu dengan menyasarkan mangsa yang tinggal di luar negara seperti Hong Kong dan England.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jul 29 2022
Kesemua mereka membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan majistret. - Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
11 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja, diselamatkan dan dibawa pulang
Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya memudah cara kepulangan 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja.