awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Whistleblower: Memahami prosedur perlindungan pemberi maklumat
MALAYSIA
Institut Audit Oman mahu jalin kerjasama strategik dengan SPRM
DUNIA
Forum keagamaan IKIM perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pereka hias dalaman rugi RM794,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
19/06/2025
13:01 MYT
Pereka hias dalaman rugi RM794,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Mangsa membuat laporan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Isnin lepas.
GEORGE TOWN: Seorang pereka hias dalaman kerugian RM794,000 selepas ditipu sindiket pelaburan dalam talian, baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata wanita berusia 47 tahun dan berasal dari Bukit Mertajam itu tampil membuat laporan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Isnin lepas.
"Mangsa menyatakan telah melihat iklan pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi melalui aplikasi Facebook pada awal April lepas lalu berhubung dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp.
"Melalui skim pelaburan itu, mangsa dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak 100 peratus bagi setiap modal yang dilaburkan dalam tempoh masa singkat," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mangsa yang berminat untuk menyertai pelaburan itu telah diminta memuat turun satu aplikasi bagi pendaftaran keahlian dan memulakan pelaburan.
Hamzah berkata mangsa telah memindahkan wang ke dalam tujuh akaun bank milik syarikat berbeza, antara 11 April hingga 3 Jun lepas.
"Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran cukai pengeluaran sebanyak RM200,000 terlebih dahulu sebelum mengeluarkan keuntungan berjumlah RM2 juta," katanya.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#mangsa tertipu
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami