awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergelangan tangan kiri kanak-kanak lelaki hancur tersepit mesin pemerah tebu

Bernama
Bernama
07/05/2021
15:58 MYT
Pergelangan tangan kiri kanak-kanak lelaki hancur tersepit mesin pemerah tebu
Difahamkan, kanak-kanak tersebut cedera ketika membantu bapanya yang berniaga air tebu di bazar Ramadan di taman berkenaan. - Foto Sinar Harian
JASIN: Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas jari sehingga pergelangan tangan kirinya hancur akibat tersepit di mesin pemerah tebu dalam kejadian di Taman Serkam Jaya di sini malam ini.
Difahamkan dalam kejadian pada kira-kira 7.45 malam itu, kanak-kanak tersebut cedera ketika membantu bapanya yang berniaga air tebu di bazar Ramadan di taman berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.49 malam dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, pihak bomba telah menjalankan operasi mengeluarkan tangan kiri mangsa daripada mesin pemerah itu dan mengambil masa kira-kira 15 minit.
"Tangan kiri kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan sebelum mangsa itu kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 8.12," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergelangan tangan
#Kanak-kanak
#hancur
#mesin tebu
#Taman Serkam Jaya
#Bazar Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan