Pergerakan rentas sempadan Malaysia dan Singapura menerusi laluan hijau timbal balik (RGL) dan pengaturan ulang alik berkala (PCA) mula dibuka hari ini.

RGL akan membabitkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan rasmi.

Manakala PCA pula bagi pemegang pas imigresen jangka panjang di kedua-dua negara tersebut.

Mereka yang layak sudah menghantar permohonan masing-masing sejak 10 Ogos lepas.

Sebagai permulaan, bagi kategori pertama, seramai 400 orang dibenarkan dalam seminggu manakala kategori kedua seramai 2,000 orang sehari.

Malaysia dan Singapura turut sepakat memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan sempadan berkenaan.

Antara lain, kejayaan pembukaan RGL dan PCA akan menjadi penanda aras bagi pembukaan rentas negara bagi kategori ketiga iaitu 200,000 pekerja Malaysia yang berulang alik sehari.

Ini akan diikuti rentas negara kategori keempat iaitu pembukaan sempadan sepenuhnya.