KUALA LUMPUR: Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Malaysia dan dunia kembali bergelut dengan peningkatan kes, trend yang mungkin tidak akan berakhir memandangkan masyarakat dunia bakal meraikan pelbagai perayaan penutup tahun.
Setakat 17 Dis, terdapat 28,375 kes aktif di seluruh negara dengan 3,389 kes baharu dilaporkan pada 16 Dis. Kadar positif ujian pula adalah 11 peratus sementara ruang hospital yang diperuntukkan untuk COVID-19 ialah 69 peratus setakat 16 Dis.
Dalam pada itu, setakat 19 Dis, hanya 2.5 peratus atau 828,433 rakyat Malaysia menerima dos penggalak kedua daripada 27,550,563 orang yang menerima dua dos vaksin COVID-19.
Semakan Bernama dengan badan bukan kerajaan kesihatan serta klinik swasta dan kerajaan, mendapati hanya vaksin Sinovac yang menyasarkan varian asal koronavirus tersedia buat masa ini. Bernama menghubungi Kementerian Kesihatan untuk mengetahui bilakah vaksin jenis lain akan tersedia, namun tidak mendapat sebarang jawapan.
Kajian mendapati Sinovac tidak begitu berkesan dalam mencegah jangkitan dan penyakit serius sepertimana vaksin lain, iaitu Moderna, Astra Zeneca dan Pfizer.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memberitahu sidang media bahawa kerajaan dalam proses memperoleh vaksin monovalen yang menyasarkan subvarian Omicron XBB1.5.
Bagaimanapun kata pakar, dalam konteks ini Sinovac adalah "akar yang berguna semasa ketiadaan rotan", iaitu masih menawarkan perlindungan berbanding langsung tidak dilindungi jika tidak diambil.
Dr Muhammad Radzi juga dipetik berkata Paxlovid, ubat antiviral yang menghentikan proses replikasi koronavirus dan kesannya ke atas badan manusia, banyak tersedia namun dilihat sebagai tidak berkesan.
Jika dilihat keadaan semasa, iaitu jumlah mereka yang mengambil dos penggalak amat rendah, antiviral dianggap tidak berkesan serta vaksin yang bagus masih belum tersedia, Malaysia tidak begitu bersedia untuk menghadapi kemungkinan peningkatan kes yang biasa berlaku pada setiap hujung tahun.
"Sekali lagi, isunya ialah perancangan, pengurusan. Kita sepatutnya sudah boleh menjangka bahawa dalam tempoh inilah orang ramai akan mula mencari dos penggalak," kata Prof Madya Dr Rafdzah Zaki, pakar epidemiologi daripada Universiti Malaya.
Beliau dan beberapa pakar lain menggesa orang ramai meneliti faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes dan membuat perubahan yang sewajarnya.
DUA MEDAN TEMPUR
Alpa tentang COVID-19 serta maklumat salah mungkin penyumbang terbesar kepada rendahnya kadar pengambilan dos penggalak serta sikap "tidak acuh" orang ramai terhadap penyakit yang adakala membawa maut itu.
Pakar kesihatan berkata media sosial adalah pemacu utama dalam penularan maklumat salah tentang COVID-19 dan mitigasi, sama ada berhubung pelitup muka ataupun vaksin.
"Jika saya sebut tentang pemakaian pelitup muka (di Facebook), orang akan ketawakan saya (dan berkata) 'Apa yang kau merepek ni? Pandemik dah berakhir'," kata Prof Madya Dr Vinod Balasubramaniam, pakar virologi di Monash University Malaysia.
Ketika kemuncak COVID-19, pihak berwajib giat menyebar luas maklumat tepat bagi menangani berita palsu tentang vaksin, namun, seiring penurunan kes yang berlaku hasil penguatkuasaan sekatan pergerakan dan pemvaksinan besar-besaran, pesanan sedemikian sudah jarang kedengaran.
Pada masa sama, retorik golongan antivaksin semakin rancak, meraih sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kelompok profesional perundangan, penjagaan kesihatan dan kerajaan.
Hesti (bukan nama sebenar) memberitahu Bernama, seorang ahli keluarganya didiagnosis menghidap kanser tidak lama selepas disuntik vaksin. Katanya, sebelum pengambilan vaksin, saudaranya adalah seorang yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit. Tambahnya lagi, kesihatan lelaki itu merosot dengan cepat dan meninggal dunia setahun kemudian.
Mengakui yang dia tidak menentang pemvaksinan, Hesti tertanya-tanya sama ada ahli keluarganya itu boleh dianggap sebagai seorang daripada "mereka yang meninggal dunia secara tiba-tiba selepas mengambil vaksin COVID-19".
"Meninggal dunia secara tiba-tiba" merujuk kepada teori konspirasi dalam talian bahawa vaksin, bukan jangkitan COVID-19 sebelum itu atau penyakit lain, ialah penyebab kematian seseorang.
Dr Rafdzah berkata situasi ketika penguatkuasaan sekatan pergerakan seperti kurangnya aktiviti dan tekanan mental, menyumbang kepada peningkatan diagnosis pelbagai penyakit serta masalah kesihatan pascasekatan pergerakan, bukannya vaksin.
"(Dalam tempoh itu) perkhidmatan kesihatan lain seperti untuk penyakit tidak berjangkit (NCD), iaitu hipertensen, diabetes, kanser dan lain-lain, semuanya terjejas. Kesannya dilihat selepas COVID-19, apabila secara tiba-tiba orang kena serangan jantung atau strok, ini disebabkan oleh mereka tidak (mengawal) faktor risiko dengan baik," jelas beliau.
Selaku penyakit baharu, semakin banyak bukti menunjukkan jangkitan COVID-19 merosakkan tubuh, menyebabkan orang ramai menghidap penyakit jantung dan diabetes lebih awal.
Ketika penularan maklumat salah tentang vaksin semakin meluas dan penyaluran maklumat tepat pula berkurangan, pakar kesihatan dan vaksin mula berasa terbeban.
Pakar imunologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Nazlina Ibrahim memberitahu Bernama bahawa beliau sudah lelah untuk cuba menjelaskan dan membetulkan tanggapan masyarakat, terutama apabila golongan sasaran enggan mendengar.
"Orang yang inginkan kebenaran tidak ramai," katanya, menambah yang beliau bergantung pada pelajarnya untuk mendidik ibu bapa masing-masing serta orang lain.
Dr Vinod pula berkata maklumat salah turut disebarkan oleh pakar kesihatan, menyebabkan isu itu bertambah sukar untuk ditangani sekarang.
Sehubungan itu, katanya, langkah terbaik sekarang ialah kerajaan dan media memperkasa penyaluran maklumat masing-masing dan menjawab segala pembohongan tentang vaksin di peringkat awal lagi.
PERMUDAHKAN AKSES
Sememangnya ahli masyarakat menganggap COVID-19 sebagai tidak lagi serius. Dalam tinjauan Ogos 2022, firma penyelidikan global Ipsos mendapati rakyat Malaysia lebih bimbang akan inflasi berbanding penyakit itu.
Sejak ekonomi dibuka semula sepenuhnya dan ahli masyarakat menyambung kembali kegiatan mereka, tidak menghairankan jika hanya segelintir yang masih mengambil langkah pencegahan jangkitan.
Perkhidmatan pesanan awam tentang vaksin juga semakin kurang kedengaran, hinggalah baru-baru ini. Dr Nazlina berkata ketersediaan Paxlovid mungkin antara faktor pemvaksinan kurang diberi perhatian.
Akan tetapi, ubat yang diambil secara oral itu hanya berkesan jika dipreskripsikan kepada orang ramai dan berdasarkan pemantauan, ada doktor yang dilihat keberatan untuk memberikan preskripsi ubat itu kepada pesakit.
Seorang lelaki berusia 84 tahun yang diuji positif COVID-19, pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi Paxlovid, namun tidak diberikan kerana "doktor kata dia tidak perlukan Paxlovid sebab hari ini adalah hari kelimanya," kata isteri lelaki itu kepada Bernama. Itu adalah kali kedua warga emas tersebut dijangkiti COVID-19.
Dr Rafdzah berkata seorang pesakit sepatutnya diberikan preskripsi pada hari kelima, namun beliau enggan mengulas lanjut tentang kes tersebut memandangkan beliau tidak tahu perincian pesakit.
Di bawah garis panduan bagi penggunaan Paxlovid di Malaysia, pesakit perlu mengambil ubat itu dalam tempoh lima hari kemunculan gejala dan diuji positif, terutama "orang dewasa yang tidak memerlukan bantuan oksigen dan berisiko tinggi jangkitan semakin teruk."
Sebagai warga emas berusia 80-an, lelaki itu layak dikategorikan sebagai berisiko tinggi. Justeru, adakah doktor tidak percaya akan ubat tersebut atau terlalu berhati-hati?
Walaupun di Malaysia tidak ada data tepat, tinjauan oleh Medscape pada Januari 2023 membabitkan 1,500 profesional kesihatan di Amerika Syarikat, mendapati sejumlah besar ahli perubatan dan jururawat keberatan memberikan preskripsi Paxlovid kepada warga tua. Sebanyak 44 peratus responden berasa bimbang ubat itu akan mempengaruhi ubat preskripsi lain yang diambil oleh pesakit.
Ada juga laporan bahawa sesetengah doktor mungkin percaya pesakit tersebut tidak begitu teruk hingga memerlukan Paxlovid sepertimana kes pesakit berusia 84 tahun berkenaan. Akan tetapi, Paxlovid yang lebih berkesan jika diambil lebih awal, sepatutnya mencegah jangkitan serius dan bukan menunggu sehingga gejala semakin teruk. Ia juga mencegah long COVID.
Media melaporkan Dr Muhammad Radzi sebagai berkata Paxlovid sememangnya berkesan namun ada yang tidak percaya, keadaan yang sebahagiannya berpunca daripada kelewatan mengambil ubat itu.
Sementara itu, Dr Nazlina berkata orang ramai perlu meningkatkan intervensi bukan farmaseutikal seperti berpelitup muka serta mengelakkan kawasan sesak sementara menunggu ketersediaan dos penggalak.
"Orang akan faham dan menghargai keperluan berpelitup muka. Sesetengahnya tidak perlu bersuruh tetapi yang lain langsung tidak endah. Akan tetapi, mereka yang tidak endah inilah yang patut berwaspada dan diberitahu mengapa mereka perlu berpelitup muka," katanya.
Menurut kesemua pakar terbabit, jika boleh, semua golongan rentan harus mendapatkan vaksin atau dos penggalak sekarang walaupun perlindungan yang diberikan adalah minimum.
Sebaik sahaja bekalan vaksin terkini tiba, kerajaan perlu mempermudah rakyat untuk mendapatkan vaksin itu seperti tanpa temu janji. Sekalipun retorik golongan antivaksin menguasai media sosial, beliau yakin kebanyakan rakyat tidak menentang pemvaksinan.
Bagaimanapun, sesetengah pakar berpandangan sekadar provaksin tidak memadai bagi Malaysia, terutama untuk masa depan.
Dr Vinod berkata hakikat yang beliau berdepan kesukaran untuk meyakinkan orang ramai agar mengambil apa juga intervensi perubatan yang telah tersedia, menunjukkan Malaysia masih tidak belajar daripada pandemik COVID-19.
Selain itu, berita tentang penyelidikan dan pembangunan vaksin tempatan yang dijanjikan sebelum ini juga tidak banyak dilaporkan.
"Kita perlu bersedia untuk menghadapi pandemik seterusnya yang tidak dapat dielakkan," katanya. Beliau menambah, kebanyakan penyakit berjangkit dan berpotensi menjadi pandemik dalam tempoh beberapa dekad lalu, berasal daripada zoonosis.
"Apa sahaja yang mendedahkan manusia kepada haiwan, akan mencetuskan limpahan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Kerajaan dalam proses memperoleh vaksin monovalen yang menyasarkan subvarian Omicron XBB1.5. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.