KUALA LUMPUR:Kerajaan disaran untuk terus memperhebat lagi usaha dalam menggalakan semua pemain perindustrian kecil dan sederhana (PKS) tempatan dengan mengetengahkan kaedah e-dagang dalam perniagaan masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid berkata, perkara itu sebagai usaha menarik minat pemain PKS selain membantu memperluas pasaran perniagaan ke luar negara.
Katanya, antara usaha yang wajar diperkenalkan kerajaan termasuk menyediakan bantuan pembiayaan, subsidi dan menyediakan bengkel perniagaan dalam talian.
"Selain bantuan yang diberikan kerajaan sebelum ini, ada beberapa perkara yang dilihat perlu diperkenalkan kerajaan untuk menarik minat pemain PKS untuk menggunakan platform e-dagang dalam memperluaskan produk dan perkhidmatan.
"Antaranya bantuan seperti menyediakan subsidi dalam bentuk komisyen kepada pusat pasaran sehenti bagi menggalakkan PKS memasarkan produk dan perkhidmatan menerusi e-dagang di peringkat ASEAN," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Azharee berkata, kerajaan perlu memperkenalkan semua program moratorium secara automatik kepada pihak yang memerlukan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0).
Katanya, pelaksanaan itu mampu membantu memperkukuhkan kedudukan aliran tunai khusus buat PKS.
"Saya rasa kalau boleh moratorium ini dilaksanakan secara automatik sama seperti sebelum ini, Ini kerana, apabila kita berpatah balik kepada PKP (2.0), cabarannya tidak ubah seperti 18 Mac lalu.
"Walaupun kita sudah bersedia, tetapi kita kena faham, komitmen yang ditanggung pihak ini kembali berjalan seperti biasa seperti bayaran sewa premis, bayaran gaji kakitangan dan sebagainya.
"Jadi, adalah lebih baik ia dilaksanakan secara automatik, ataupun institusi perbankan mempermudahkan cara untuk meluluskan moratorium ini kepada PKS," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Thu Jan 21 2021

Antara usaha yang wajar diperkenalkan kerajaan termasuk menyediakan bantuan pembiayaan, subsidi dan menyediakan bengkel perniagaan dalam talian. - Gambar Astro AWANI
![[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin [INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893558/8967789641614789796507_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 03 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perodua Ativa | Teknologi terkini dengan harga lebih berpatutan
Selepas sekian lama berteka-teki, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Perodua Ativa pada 3 Mac 2021.

Dadah | Sindiket dadah guna kurier tumpas
Tiga lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan pada 26 Februari lalu sekaligus satu sindiket penghantaran dan pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantar barang di sekitar Lembah Klang ditumpaskan. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan, penghantar barang atau runner yang membawa bekalan dadah berkenaan memperoleh ganjaran lumayan sehingga RM10,000 untuk setiap 'trip'.

Struktur Runtuh | Dua maut, tiga mangsa terselamat
Dua wanita maut, sementara tiga individu lain termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan mereka naiki dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada petang Rabu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, turut memaklumkan kesemua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan berjaya dikeluarkan.

Runtuhan Binaan SUKE | Tunggu laporan pihak berkuasa - Fadillah
Dalam pada itu Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan laporan awal mendapati insiden struktur pembinaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh pada petang Rabu disebabkan ia dilanggar sebuah treler. Beliau yang berada di Program Bicara Naratif Terbitan RTM turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berhubung kejadian berkenaan dikeluarkan pihak berkuasa.

Kemalangan| Mangsa berkongsi detik cemas melalui telefon
Terdahulu, salah seorang mangsa runtuhan struktur binaan di Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang sempat dihubungi suaminya ketika masih dalam keadaan terperangkap di bawah sisa runtuhan. Mangsa, Zakiah Yaakop, 51 tahun yang sempat dihubungi suaminya, Kamarulzaman Awang memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun mengalami kesukaran untuk bergerak.

Kemalangan | Lori tiada kaitan dengan SUKE - Prolintas
Sementara itu Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi Projek Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menafikan lori yang melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang rabu terlibat dalam pembinaan lebuh raya berkenaan. Ia juga mendakwa lori jenis treler itu membawa lebih muatan. Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Dana 1MDB | Siasatan terhadap Tawfiq Ayman masih berjalan
Polis masih meneruskan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan penerimaan Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun bank miliknya di Singapura. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan dibuat mengikut seksyen 4(1)(A) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada hasil daripada aktiviti haram 2001.

Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen

Zoo Negara kembali dibuka Jumaat ini
Zoo negara ditutup kepada pengunjung selama 7 bulan sejak PKP pertama dilaksanakan pada Mac tahun lepas hingga dijadual dibuka semula bermula Jumaat ini.

COVID-19: Genting Malaysia dilapor laksana pemotongan gaji kali kedua
Unit di bawah konglomerat Genting Bhd itu dilapor meminta pekerjanya melakukan potongan gaji sementara di antara 15 dan 20 peratus.

Cuaca panas: Bomba Terengganu kenal pasti 20 kawasan risiko kebakaran
Kebakaran-kebakaran kecil telah dimulakan, terutamanya oleh para peladang dan petani yang memulakan pembakaran jerami padi secara kecil-kecilan.

Sabah benarkan kapal NCS masuki perairan ESSZONE untuk aktiviti ekonomi
Kerajaan negeri Sabah membenarkan kapal bukan konvensional (NCS) atau kumpit dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan ESSZONE.

Aktiviti penggambaran, operasi pawagam dibenarkan - FINAS
Aktiviti penggambaran dan operasi tayangan filem di pawagan dibenarkan melibatkan negeri yang berada di bawah PKPB dan PKPP.

Tuai rumah, JKKK ditugaskan pantau SOP rumah panjang masing-masing - Uggah
Tuai rumah dan JKKK di sembilan rumah panjang di Betong ditugaskan untuk memantau SOP rumah panjang masing-masing.

KPM perlu pertimbang untuk selaraskan jadual peperiksaan utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan cadangan untuk penyelarasan semula peperiksaan utama di Malaysia.

PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang tidak dilanjutkan, diganti PKPB
PKP 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang dijadualkan berakhir pada Khamis ini, tidak akan dilanjutkan, tetapi diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Penguasaan Proton cecah tahap tertinggi dalam tujuh tahun pada 27.1 peratus
Proton Holdings Bhd telah menyampaikan 11,873 kereta pada Februari (domestik dan eksport) untuk mencapai tahap pasaran tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.