awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan giat kesan harimau belang di Kampung Orang Asli Sungai Choh

Bernama
Bernama
03/01/2025
13:30 MYT
Perhilitan giat kesan harimau belang di Kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan masih meneruskan usaha mengesan harimau belang yang dipercayai menyerang lembu ternakan di Kampung Orang Asli Sungai Choh. - Foto hiasan
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak masih meneruskan usaha mengesan harimau belang yang dipercayai menyerang lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Choh, Ulu Kinta, di sini pada 26 Dis lepas.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata buat masa ini kelibat "Raja Rimba" bersaiz dewasa itu dikesan menghampiri kawasan perangkap yang dipasang di sekitar lokasi serangan berkenaan.
"Kita dapati harimau terbabit ada datang menghampiri perangkap yang dipasang di sekitar lokasi serangan melalui beberapa kesan yang ditinggalkan.
"Pemantauan akan terus dilakukan pihak Perhilitan termasuk mengekalkan lokasi perangkap di kawasan sedia ada," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pada 26 Dis lepas, Perhilitan Perak mengesahkan berlaku kejadian serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan itu selepas menjumpai kesan tapak kaki haiwan pemangsa terbabit berdekatan lokasi kejadian.
Yusoff berkata punca utama harimau itu berkeliaran sehingga memasuki kawasan penduduk adalah disebabkan kurangnya populasi babi hutan disebabkan oleh virus African Swine Fever.
"Bagaimanapun mengikut rekod Perhilitan Perak, kemunculan harimau belang di sekitar kawasan berkenaan (Kampung Orang Asli Sungai Choh) sememangnya berlaku meskipun sebelum wabak itu menyerang babi hutan," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya meminta penduduk supaya mengawasi dan tidak membiarkan haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran terutama di lokasi kejadian.
"Sebaiknya tempatkan haiwan ternakan di dalam kandang dan jangan sesekali biarkan haiwan itu bebas berkeliaran kerana ia mengundang risiko kejadian serangan berulang," katanya.
Selain itu, beliau turut menasihati penduduk yang menggunakan laluan berhampiran kawasan serangan itu supaya berhati-hati dan tidak keluar berseorangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.
"Sekiranya ternampak atau terserempak dengan harimau terbabit jangan ambil langkah yang boleh mengundang risiko, sebaliknya laporkan kejadian kepada pihak kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan Perak
#kesan harimau belang
#Kampung Orang Asli Sungai Choh
#Ulu Kinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan