awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan mungkin dakwa remaja tembak monyet dalam sangkar

Bernama
Bernama
27/05/2019
13:50 MYT
Perhilitan mungkin dakwa remaja tembak monyet dalam sangkar
Xavier berkata, polis telah melengkapkan siasatan dan mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwa Raya. - Gambar fail
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) diminta melihat kemungkinan mengenakan tuduhan terhadap seorang remaja yang menembak mati seekor monyet dalam sangkar di Lambor Kiri, Bota, Perak, pada 18 Mei lalu.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau telah meminta Jabatan Perhilitan melihat perundangan yang sedia ada untuk membolehkan tindakan diambil terhadap remaja berusia 19 tahun itu.
Beliau mengulas perbuatan kejam remaja tersebut yang menembak kepala seekor monyet yang terkurung dalam sangkar seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Berikutan insiden itu, remaja berkenaan dan bapanya berusia 54 tahun yang juga pemilik senjata api berkenaan ditahan polis untuk membantu siasatan lanjut.
Xavier berkata beliau dimaklumkan polis telah melengkapkan siasatan dan telah mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwa Raya.
BACA: Kejam! Selebriti kecam lelaki tembak monyet gara-gara tak sebut 'Baby Sayang'
Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 20 saat menjadi tular yang memaparkan seorang remaja lelaki menembak seekor monyet dalam sangkar kerana enggan bercakap 'baby sayang'.
Menerusi rakaman video, lelaki itu mengugut dan menyuruh seekor monyet bercakap perkataan 'baby sayang' dan menembak monyet itu kerana tidak berbuat demikian.
VIDEO: Suspek utama tembak monyet enggan panggil 'baby sayang' ditangkap
Dalam perkembangan lain, Xavier berkata kerajaan bercadang untuk memulakan proses pemetaan digital bagi mengenal pasti sumber air mentah bawah tanah di seluruh negara.
"Kajian menunjukkan Malaysia mempunyai lima bilion meter padu sumber air bawah tanah dan sumber yang belum diteroka itu sebagai alternatif bagi mengatasi kekurangan bekalan air," katanya kepada media di sini hari ini.
BACA: Lelaki kejam tembak monyet akhirnya ditahan polis
Menurut beliau, proses pemetaan digital akan dimulakan di neger-negeri yang mempunyai banyak sumber air mentah bawah tanah seperti Johor, Kedah dan Selangor.
Bagaimanapun, beliau berkata, kementeriannya perlu mendapatkan teknoloji pemetaan digital tersebut daripada Jepun.
"Saya bercadang pergi ke Jepun bulan depan bagi mendapatkan kerjasama kerajaan Jepun dalam bidang ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air mentah
#baby sayang
#Jepun
#media sosial
#monyet
#pemetaan digital
#perbuatan kejam
#polis
#remaja
#senjata api
#siasatan
#sumber air
#suspek
#tembak
#video
#Xavier Jayakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan