awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan pasang papan tanda LED di lintasan gajah untuk keselamatan

Bernama
Bernama
09/08/2025
11:00 MYT
Perhilitan pasang papan tanda LED di lintasan gajah untuk keselamatan
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang memasang papan tanda dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) di kawasan dikenal pasti sebagai lintasan gajah. - Gambar fail/BERNAMA
TEMERLOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang memasang papan tanda dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) di kawasan dikenal pasti sebagai lintasan gajah.
Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata langkah itu diambil untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan bagi mengelakkan kemalangan dengan haiwan liar tersebut.
"Kita mahu melindungi gajah daripada terlibat kemalangan sebagaimana dialami anak gajah di Gerik, Perak sebelum ini.
"Jadi kita ambil pendekatan baharu memasang papan tanda dengan lampu LED antaranya di Gerik; Ulu Muda, Kedah dan Jerteh, Terengganu," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di sini hari ini.
Abdul Kadir berkata selain gajah, pendekatan sama turut digunakan untuk menyelamatkan haiwan liar lain seperti tapir di laluan Persiaran Mokhtar Dahari, Selangor.
Beliau menjelaskan bilangan gajah liar di Semenanjung Malaysia kini dianggarkan antara 1,500 hingga 1,800 ekor dan berkurangan akibat penyempitan habitat.
"Apabila hutan habitat gajah yang dahulunya besar kini mengecil, keadaan itu menyebabkan haiwan liar itu terpaksa keluar ke kampung atau taman (perumahan) penduduk untuk mencari makanan.
"Kami akan memindahkan haiwan itu ke lokasi lebih sesuai di taman negara supaya mereka dapat mencari makanan dengan lebih selesa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#papan tanda LED
#lintasan gajah
#jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan