awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan pasang perangkap kamera kesan harimau belang di Jalan Batang Kali-Genting Highland

Bernama
Bernama
27/08/2023
14:36 MYT
Perhilitan pasang perangkap kamera kesan harimau belang di Jalan Batang Kali-Genting Highland
Langkah itu dibuat susulan laporan oleh seorang anggota polis bantuan yang mendakwa terserempak dengan haiwan liar berkenaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Daerah Hulu Selangor akan memasang perangkap kamera di lokasi bersesuaian bagi mengesahkan kehadiran harimau belang di Kilometer 18 Jalan Batang Kali-Genting Highland.
Langkah itu dibuat susulan laporan oleh seorang anggota polis bantuan yang mendakwa terserempak dengan haiwan liar berkenaan di lokasi berkenaan, pada 9.07 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata bertindak atas laporan, pihaknya telah menghubungi Perhilitan untuk membantu usaha mengesan harimau belang itu bagaimanapun siasatan awal tidak menemui sebarang kesan atau tapak haiwan berkenaan.
"Ia disebabkan faktor muka bumi yang padat dan daun pokok yang tebal jenis Akasia di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat penemuan harimau belang itu sila laporkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641222," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harimau belang
#Jalan Batang Kali
#Genting Highland
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan