IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan penemuan tapak kaki harimau belang di beberapa lokasi di sekitar Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini hari ini.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan dan menjalankan pemantauan selepas menerima laporan daripada penduduk kampung semalam, berhubung penemuan tapak kaki haiwan pemangsa terbabit.
"Semalam, kita jumpa tapak kaki harimau ini di kawasan kebun pisang milik penduduk dan hari ini, kita sekali lagi temukan tapak yang sama di kandang lembu berhampiran kebun berkenaan.
"Setakat ini, kita tak dapat perincikan dengan lebih jelas umur dan berat harimau berkenaan kerana kita hanya temukan bukti tapak kaki semata-mata, cuma apa yang boleh disahkan harimau itu telah mencapai tahap dewasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Perhilitan Perak berjaya menangkap seekor harimau belang jantan berusia empat tahun dan berat dalam lingkungan 90 kilogram (kg) menggunakan tembakan pelali di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tanjung Damai di sini.
Haiwan pemangsa dengan nama saintifik Panthera Tigris Jacksoni itu dipercayai harimau sama yang dikesan berkeliaran di laluan sekitar Kampung Orang Asli Tonggang ke Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta sejak 14 Dis lepas.
Dalam pada itu, Yusoff turut menasihati orang ramai supaya melaporkan segera kepada pihaknya jika terserempak dengan haiwan liar berkenaan selain tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh membahayakan nyawa.
"Kita juga minta penduduk yang mempunyai ternakan agar mengurung dan tidak membiarkan haiwan ternakan masing-masing berkeliaran buat masa ini," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk Kampung Kolam Sufi Syahmi Izhar, 24, ketika dihubungi berkata dia berharap harimau terbabit dapat ditangkap oleh pihak Perhilitan untuk menghilangkan kebimbangan masyarakat setempat.
"Memang sebelum ini dimaklumkan orang kampung bahawa kawasan ini pernah ditemukan tapak kaki harimau cuma kali ini apabila Perhilitan sahkan tapak kaki itu milik harimau, memang kami agak bimbang juga.
"Sebabnya, kawasan kebun serta kandang yang ditemukan tapak kaki harimau itu juga sangat dekat dengan kawasan penduduk. Jadi, kami harap pemantauan kerap perlu dilakukan bagi mengelak perkara buruk berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Perhilitan Perak telah melakukan pemeriksaan dan menjalankan pemantauan selepas menerima laporan daripada penduduk kampung. - Perhilitan Perak
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
AWANI Pagi: Rawatan kecederaan sukan
Ikuti kami di #AWANIPagi bersama Dr Badrul Akmal Hisham, Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik dan juga Dr. Muhammad Naqib, Ketua Pegawai Operasi UKM Specialist Centre Sdn Bhd dalam membincangkan tentang rawatan kecederaan sukan yang berkesan.
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
30 kereta kanak-kanak musnah terbakar
Api berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.45 pagi.
Malaysia berisiko hilang keistimewaan jika berterusan langgar peraturan visa
Sekiranya ditangkap kerana menyalah guna visa pelancongan, ia akan mencemarkan nama baik dan imej Malaysia yang selama ini dipandang tinggi.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
AWANI Pagi: Hari Belia - Pemimpin belia wanita dalam pembuatan keputusan
Pemimpin belia wanita bukan sahaja membawa suara wanita, tetapi juga menyuarakan keperluan pelbagai kumpulan belia.
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.