KUALA TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor gajah betina liar dalam satu operasi di Kampung Durian Bador dekat Kuala Berang, Hulu Terengganu, Khamis lepas.
Pengarah Perhilitan Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata haiwan liar seberat 2.5 tan itu ditangkap kira-kira pukul 10 pagi melalui kaedah tembakan ubat pelali dalam operasi yang dijalankan enam kakitangan Unit Tangkapan Gajah, Terengganu.
Beliau berkata Perhilitan Terengganu telah membuat pemantauan sejak Selasa (2 Mac), selepas menerima aduan daripada penduduk kampung sekitar mengenai sekumpulan gajah yang sering berkeliaran di kampung mereka dan merosakkan tanaman penduduk.
"Hasil risikan mendapati terdapat sembilan ekor gajah dalam kumpulan ini dan Perhilitan Terengganu akan terus memantau pergerakan gajah lain yang masih berkeliaran.
"Kumpulan gajah ini dipercayai keluar dari hutan berhampiran dan menceroboh masuk ke perkampungan penduduk untuk mencari makanan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Beliau berkata berita kejayaan menangkapan haiwan itu, melegakan penduduk di sekitar Kampung Sekayu, Kuala Menjing, Durian Bador Kemat, Padang Setar dan Taman Pertanian Negeri Sekayu, kerana tanaman mereka sering dimusnahkan, sebelum ini.
Menurut beliau, gajah betina itu kini dalam keadaan sihat dan stabil dan operasi pemindahan gajah liar itu akan dilakukan esok dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang, Pahang.
"Lokasi pemindahan serta pelepasan semula gajah liar terbabit ialah di Taman Negara, Tanjung Mentong di Hulu Terengganu," katanya.
Media sebelum ini melaporkan penduduk di kampung tersebut serta pengurusan Taman Pertanian Negeri Sekayu melahirkan kebimbangan disebabkan kehadiran kumpulan gajah liar itu yang merosakkan tanaman hingga terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu ringgit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021
Haiwan liar seberat 2.5 tan itu ditangkap kira-kira pukul 10 pagi melalui kaedah tembakan ubat pelali. - Facebook / Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Gajah sesat terlibat kemalangan berjaya ditangkap - Polis
Gajah itu ditangkap Perhilitan Besut di sekitar Telaga Papan pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Pengurus resort didenda simpan hidupan liar tanpa lesen, permit
Seorang pengurus resort didenda RM2,500 atas tiga pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih
Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Perhilitan Terengganu petang semalam.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.