awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Bantah GST berlangsung petang ini

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2016
04:09 MYT
Perhimpunan Bantah GST berlangsung petang ini
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Parti Amanah Negara (PAN) bersama PKR dan DAP itu diadakan bagi membantah cukai GST yang genap setahun pelaksanaannya semalam. - Foto Facebook Parti Amanah Negara
Meskipun tidak mendapat kebenaran pihak polis, satu perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dijangka bakal diadakan di ibu negara, petang ini.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Parti Amanah Negara (PAN) bersama PKR dan DAP itu diadakan bagi membantah cukai GST yang genap setahun pelaksanaannya semalam.
Ia dijadualkan akan diadakan di Dataran Merdeka.
Kumpulan penyokong dijangka akan menyertai perhimpunan itu dengan berkumpul di Pusat Beli Belah Sogo di ibu negara sekitar 2.00 petang sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Sekretariat Bantah GST sebelum ini dilaporkan turut mengesahkan ia bakal disertai pemimpin pembangkang selain bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam pihak polis memaklumkan belum menerima dokumen lengkap daripada penganjur .
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata berikutan penganjur tidak melengkapkan permohonan, notis itu tidak dapat diproses seperti mana Jadual Keempat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
"Pada perjumpaan pertama bersama penganjur pada 23 Mac (Rabu) lalu, mereka telah dimaklumkan untuk melengkapkan permohonan dan mengedarkan notis namun sehingga kini tiada dokumen lengkap diterima.
"Selain itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga memaklumkan kepada polis bahawa pada hari sama (Sabtu), Dataran Merdeka tidak boleh digunakan kerana terdapat persiapan bagi program Car Free Morning pada esoknya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Jumaat.
Beliau juga menasihatkan penganjur mencari lokasi alternatif seperti di Padang Merbok, padang Kelab Dewan Sultan Sulaiman atau mana-mana tempat yang bersesuaian.
Topic Berkaitan
#cukai barang dan perkhidmatan
#DAP
#Dataran Merdeka
#Parti Amanah Negara
#PAS
#Perhimpunan Bantah GST
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan