Polis mengklasifikasikan perhimpunan Bersih 5.0 dan Gerakan Baju Merah yang dirancang di ibu kota Sabtu ini sebagai demonstrasi haram.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini kerana kedua-dua perhimpunan itu gagal mematuhi peruntukan undang-undang khususnya Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan itu tidak mendapat kelulusan pemilik tempatnya.
"(Penganjur) kenapa degil sangat, tuan tempat tidak benarkan mereka (peserta) gunakan tempat itu, sepatutnya mereka perlu cari tempat lain.
"Hak bersuara, kita (polis) hormati tetapi mereka perlu juga hormati hak peniaga dan pelancong yang ingin berkunjung di Kuala Lumpur, kerana mereka juga ada hak," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Palestin Tidak Dilupakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Bukit Aman hari ini.
Sehubungan itu Khalid menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan berkenaan yang jelas tidak mematuhi peruntukan undang-undang.
"Kita tidak mahu Malaysia jadi seperti Palestin. Keamanan sedia ada sepatutnya dikekalkan, bukannya buat kecoh di merata tempat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata persiapan rapi telah dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini jika perhimpunan diteruskan.
"Orang ramai perlu sedar kita ada undang-undang. Kalau ianya tidak mahu dipatuhi, untuk apa undang-undang itu ada.
"Polis akan pastikan negara aman, sejahtera dan tenteram. Jika ada jalan yang akan ditutup kita akan maklumkan," katanya.
Terdahulu Khalid menyampaikan sumbangan daripada warga PDRM sebanyak RM50,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin Berhad, Hashimah Salleh. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
KHALID: "Orang ramai perlu sedar kita ada undang-undang. Kalau ianya tidak mahu dipatuhi, untuk apa undang-undang itu ada." - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama
Himpunan Bersih 5 yang diadakan di ibu negara berlangsung dengan aman tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini sepanjang perarakan yang bermula sekitar jam 8 pagi Sabtu.