SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memperincikan mengenai kos pembangunan semula Stadium Shah Alam selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium tersebut selesai.
Beliau berkata, perincian itu akan dibuat selepas tamat sesi libat urus berkenaan iaitu sama ada pada hujung bulan ini atau awal Mac nanti.
"Saya ada pakar (dalam menentukan) perkiraannya, kalau kita lihat stadium sahaja, memang sekitar RM700 juta hingga RM800 juta, tetapi kalau lihat keseluruhan akan kemungkinan lebih sebab kita akan ada taman, kawasan pelancongan, rekreasi, dan sebagainya serta kita juga akan membina hotel.
"Kalau kita banding stadium dengan stadium saya yakin ia lebih RM700 juta dan tidak sampai angka RM1 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media bagi mengulas mengenai kenyataan pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menyifatkan kos RM700 juta untuk pembinaan semula Stadium Shah Alam sebagai tidak logik.
Terdahulu, beliau melancarkan program Kita Ke Kampung #produkkampung4u di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
Amirudin berkata, pihaknya juga akan mengumumkan tanah yang akan di tukar kerajaan negeri dengan syarikat pemaju, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
"Rancangan awal, tukar tanah yang tidak digunakan di kawasan stadium, tetapi sekarang rancangan kita sudah sedikit berubah kerana kita akan bangunkan keseluruhan kawasan stadium. MRCB akan bangunkan kawasan ini dengan kos mereka dahulu sehingga siap, baru kita akan gantikan dengan kos yang setimpal," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai program Kita Ke Kampung, beliau berkata, program di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar itu adalah usaha untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan oleh warga desa di Selangor melibatkan 4,000 usahawan desa negeri itu.
"Dalam tempoh empat ke lima tahun program ini berjalan, kita akan buat kajian untuk melihat kesan baik. Saya percaya dengan penambahan pemasaran dan sebagainya, mereka dapat meningkatkan minimum 20 peratus daripada pengeluaran produk mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Amirudin Shari (kiri) melancarkan program Kita Ke Kampung #ProdukKampung4U di Shah Alam, hari ini. - Gambar BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi
Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam.
Perobohan Stadium Shah Alam: Proses pasang dinding adang, rungkai struktur sedia ada hingga pertengahan 2025
Pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
MB Selangor tetap pertahan kos naik taraf stadium RM787 juta
Kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjumlah RM3.28 bilion didakwa masih belum diluluskan kerajaan negeri.
Stadium baharu Shah Alam lebih moden
Venue yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam itu bukan sahaja akan tertumpu kepada bola sepak semata-mata, namun turut memberi fokus kepada aktiviti lain.
Sayang kalau nak roboh, bina baharu Stadium Shah Alam - Noh Omar
Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri.
Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan
Tiga pemeriksaan telah dilakukan pihak MFL, masing-masing pada 10 Januari, 21 dan 28 Februari lalu.
Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat
Disebabkan jumlah kos mencecah RM250 juta, kerajaan negeri buat keputusan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secara sekali gus.
Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya
Pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama.
'Main lebih daripada 100%' - Ultras Malaya mahu kemenangan untuk Malaysia
Bagi penyokong Ultras Malaya perlawanan malam ini adalah misi wajib menang bagi Malaysia untuk melayakan mereka ke Piala AFC B23 tahun 2020.
5,000 penyokong JDT banjiri Dataran MBJB
Dataran MBJB berubah wajah hari ini apabila dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.