awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peringatan buat jemaah umrah, jangan salah guna visa untuk tunai haji - MOTAC

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
13/05/2023
02:15 MYT
Peringatan buat jemaah umrah, jangan salah guna visa untuk tunai haji - MOTAC
MOTAC menasihati bakal jemaah umrah di negara ini agar tidak menyalahgunakan kemudahan Visa Pelancong dan Visa Umrah dengan tujuan untuk menunaikan ibadah haji. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bakal jemaah umrah Malaysia diberi peringatan agar tidak menyalahgunakan kemudahan Visa Pelancong dan Visa Umrah dengan tujuan untuk menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada minggu ketiga bulan depan.
Peringatan itu dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang turut memberi amaran tindakan menyalahguna visa menyalahi peraturan kerajaan Arab Saudi.
MOTAC turut menegaskan, kerajaan Arab Saudi hanya mengiktiraf permit haji yang dikeluarkan oleh institusi berwibawa seperti Lembaga Tabung Haji (TH).
"Peringatan ini diuar-uarkan bagi memastikan tiada jemaah umrah yang mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa (overstay) sehingga masuk ke musim haji.
"Tindakan ini merupakan pelanggaran di bawah peraturan Kerajaan Arab Saudi, yang melarang melakukan ibadah haji tanpa memiliki permit yang sah," ujar MOTAC dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam kenyataan sama, MOTAC juga mengingatkan syarikat pengendali umrah dan jemaah supaya menyelesaikan ibadah umrah sebelum musim haji.
MOTAC sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen kepada agensi pelancongan dalam bidang umrah mengingatkan mereka agar mematuhi peraturan semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Kementerian itu memandang isu ini dengan serius kerana melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah umrah serta untuk mencegah terjadinya kejadian yang tidak diingini berlaku, selain menjaga hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin.
Dalam pada itu, MOTAC juga menasihati rakyat Malaysia yang melancong dan mengerjakan umrah untuk sentiasa menjaga nama baik negara ketika berada di luar negara.
Topic Berkaitan
#umrah
#Haji
#MOTAC
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan