Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Eropah mungkin hanya ada enam minggu simpanan bahan api jet - IEA

Executive Director of the International Energy Agency (IEA) Fatih Birol waits for Japan's Prime Minister Sanae Takaichi (not pictured) before their meeting at the Prime Minister's Office in Tokyo on March 25, 2026. YUICHI YAMAZAKI/Pool via REUTERS
Fatih Birol (foto) beri amaran pembatalan penerbangan secara besar‑besaran boleh berlaku dalam masa terdekat sekiranya krisis itu berlarutan. -Gambar fail/Reuters

PARIS: Eropah dianggarkan hanya mempunyai simpanan bahan api jet bagi tempoh kira‑kira enam minggu berikutan sekatan bekalan minyak susulan konflik peperangan di Asia Barat.

Ketua Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol, memberi amaran pembatalan penerbangan secara besar‑besaran boleh berlaku dalam masa terdekat sekiranya krisis itu berlarutan.

Advertisement

Dalam temu bual bersama The Associated Press, Birol menyifatkan situasi akibat penutupan Selat Hormuz sebagai krisis tenaga terbesar yang pernah dihadapi dunia, dengan kesan besar terhadap ekonomi global.

“Keadaan ini sangat mendesak dan akan memberi implikasi besar kepada ekonomi global.

"Semakin lama ia berterusan, semakin buruk kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi serta kadar inflasi di seluruh dunia,” katanya.

Birol berkata krisis berkenaan dijangka menyebabkan kenaikan mendadak harga petrol, gas dan tarif elektrik di pasaran antarabangsa, dengan sesetengah rantau terjejas lebih teruk berbanding yang lain.

Penutupan laluan perdagangan strategik itu telah mengganggu rantaian bekalan bahan api jet ke Eropah, sekali gus memaksa syarikat penerbangan dan kerajaan di rantau berkenaan merangka pelan luar jangka bagi menghadapi kemungkinan gangguan serius terhadap pengangkutan udara.

 

Must Watch Video