awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenderaan tidak dibenarkan masuk, di parkir di kawasan Empangan Sultan Azlan Shah
Gempa bumi sederhana landa Midanao, Filipina
JS‑SEZ: Malaysia-Singapura tingkat komitmen, tumpu pelaksanaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peringatan KSN: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam terlibat salah guna kuasa, rasuah

Kabeer Aziz
Kabeer Aziz
30/01/2026
01:30 MYT
Peringatan KSN: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam terlibat salah guna kuasa, rasuah
Perkhidmatan awam tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah melakukan salah guna kuasa, rasuah atau pelanggaran tatakelola, tegas Shamsul Azri.
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan awam tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah melakukan salah guna kuasa, rasuah atau pelanggaran tatakelola, tegas Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara memberi peringatan, tindakan tegas akan diambil mengikut lunas perundangan tanpa mengira kedudukan atau jawatan individu terlibat.
“Perkhidmatan awam tidak akan sama sekali berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana penjawat awam sekiranya didapati bersalah,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Jumaat.
Menurut beliau, kerajaan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan adil.
Dalam masa sama, Shamsul Azri menekankan prinsip menolak salah guna kuasa, rasuah dan ketirisan adalah penting untuk dipertahankan demi menjaga imej institusi kerajaan.
“Nilai integriti perlu dijunjung pada setiap masa selaras dengan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Perkhidmatan Awam agar kredibiliti perkhidmatan awam tidak tercemar,” tegas beliau.
Beliau berkata, integriti adalah teras penyampaian perkhidmatan yang berkesan, mengurangkan ketirisan hasil negara serta mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Malaysia selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Kenyataan Ketua Setiausaha Negara dikeluarkan susulan beberapa siri tindakan penguatkuasaan besar-besaran oleh agensi pencegahan rasuah melibatkan penjawat awam dan pegawai bersenjata dalam isu perolehan serta penyalahgunaan dana awam.
Topic Berkaitan
#integriti
#Rasuah
#perkhidmatan awam
#ketua setiausaha negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan