PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melanjutkan perjanjian konsesi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selama 15 tahun lagi, berkuatkuasa 1 September 2024.
Konsesi perjanjian Puspakom yang dilanjutkan 15 tahun pada 2009 akan tamat tempoh pada 31 Ogos 2024.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Jemaah Menteri membuat keputusan tersebut dengan mengambil kira bahawa Puspakom telah menjalankan fungsi pemeriksaan terlibat bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan baik dan memenuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan.
Bagaimanapun, beliau berkata Puspakom diminta melakukan beberapa penambahbaikan terma-terma sedia ada.
“Pindaan ke atas prosedur dan skop pemeriksaan berkala yang ditetapkan bagi meningkatkan tahap kualiti dan integriti pemeriksaan seperti memperluaskan elemen automasi dan penggunaan peralatan
komputer.
“Proses pemeriksaan akan dimodenkan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa dengan penggunaan peralatan komunikasi teknologi tinggi/sensor/kamera bagi membolehkan pemeriksaan dipantau secara masa sebenar dalam talian oleh pengguna, MOT, atau JPJ,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Loke berkata Puspakom juga perlu meningkatkan tahap kompetensi kakitangan dengan penyediaan sistem latihan pembangunan sumber manusia yang lebih berkesan dan relevan.
Puspakom tambah beliau, harus menambahbaik proses penempahan dan aduan pelanggan.
Terdahulu, dalam sidang media sama Loke memaklumkan perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] tidak lagi diberikan secara eksklusif kepada Puspakom.
Sebaliknya, beliau berkata ia akan dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada Puspakom tamat tempoh pada 31 Ogos 2024.
BERIKUT TAMBAH BAIK YANG PERLU DILAKUKAN PUSPAKOM :
- Menambahbaik skop pemeriksaan kenderaan seperti pemeriksaan dalaman, pemeriksaan under body dan pemeriksaan motosikal bagi meningkatkan tahap keselamatan teknikal dan road-worthiness kenderaan di atas jalan terutamanya melibatkan kenderaan pengangkutan awam dan barangan.
- Melaksanakan proses penyegaran atau penambahbaikan peralatan pemeriksaan kenderaan (equipment refresh).
- Pembangunan pusat pemeriksaan baharu termasuk "flagship centre" di lokasi yang dipersetujui atas keperluan perkhidmatan di lokasi yang memerlukan.
- Pindaan kepada skop atau elemen Key Performance Indicator (KPI) bagi menambah baik elemen/komponen auditan, aspek tadbir urus, tahap penyampaian perkhidmatan, kualiti auditan dan kadar penalti yang akan dikenakan.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 24 2023
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Puspakom diminta melakukan beberapa penambahbaikan terma-terma sedia ada - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
MOT tubuh jawatan kuasa koordinasi, kerah aset bantu misi banjir - Loke
Kementerian Pengangkutan menubuhkan jawatan kuasa petugas khas bagi mengkoordinasikan misi bantuan banjir terutama di Pantai Timur.
MRL diminta periksa kawasan banjir jika disebabkan pembinaan ECRL - Loke
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta segera memeriksa kawasan banjir khususnya di Pantai Timur sekiranya bencana itu disebabkan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT
APAD menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas susulan kematian seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
LRT Pulau Pinang: Rundingan dengan kontraktor dalam fasa akhir - Loke
Rundingan dengan pihak kontraktor bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang kini dalam peringkat akhir.