MALAYSIA adalah sebuah negara berperlembagaan yang memberi ruang demokrasi seluas-luasnya untuk setiap rakyatnya menyatakan pendirian dan mempertahankan perjuangan masing-masing. Namun begitu, ruang demokrasi di Malaysia tidak sepenuhnya bebas. Malaysia tetap kekal dengan kerangka sebuah negara yang membina peradaban berasaskan kerukunan dan tatasusila bangsa; yang berpegang teguh kepada prinsip- prinsip Rukunegara.
Dalam kita bersemangat turun ke medan untuk menegakkan hak, jangan kita lupa dan leka bahawa bumi Malaysia yang bertuah ini telah berdiri dengan megahnya sebagai sebuah negara merdeka 62 tahun lamanya. Dan seperti kebiasaan, ibu kota Kuala Lumpur adalah pilihan rakyat sebagai medan untuk berhimpun menyatakan pendirian. Sayangnya, kadangkala ruang kebebasan untuk berhimpun seringkali disalahguna dan disabotaj sewenang-wenangnya atas nama hak kebebasan bersuara. Satu episod duka buat Kuala Lumpur dan Malaysia.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap warganegara Malaysia punya hak untuk bersuara tanpa mengira latar belakang dalam menegakkan hak individu, hak bangsa, hak gender, hak bebas beragama mahupun hak untuk berhimpun. Namun, dalam kita bersemangat menegakkan hak masing-masing, jangan sesekali kita melupakan bahawa Malaysia juga mempunyai HAK untuk terus berdiri 100 tahun lagi sebagai sebuah negara bangsa yang harmoni, berperadaban dan berdaulat.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita wajib menghayati iltizam perjuangan kemerdekaan terdahulu yang begitu jelas ingin menjadikan Malaysia sebuah negara untuk semua rakyat berbilang kaum mengikut rencam dan cara kita sendiri. Apa yang diimpikan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan adalah harapan suatu bangsa Malaysia yang hidup secara harmoni walaupun berbilang latar belakang kaum serta bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa sikap prejudis dan sentiasa mempunyai nilai toleransi yang tinggi sesama sendiri.
Justeru menjadi kewajipan setiap individu yang berjuang menegakkan hak untuk memperbetulkan niat dan keikhlasan dalam menuntut hak masing-masing. Harus juga menjadi peringatan dalam diri bahawa sebelum kita menuntut hak kita; adakah kita utamakan untuk menunaikan hak orang lain dahulu?
Rasulullah S.A.W merupakan tauladan terbaik apabila kita membicarakan tentang tuntutan hak dan menunaikan hak. Diriwayatkan dari Sahal bin Saad oleh Imam Bukhari dan Muslim pada satu ketika Rasulullah diberi air minuman dan di sebelah kanan Baginda ada seorang anak kecil lelaki manakala di sebelah kiri Baginda ada seorang lelaki dewasa. Menjadi kelaziman Baginda Rasulullah apabila selesai meneguk air minuman, Baginda akan menghulurkan kepada orang yang di sebelah kanan dahulu. Namun bagi menghormati seorang dewasa yang berada di sebelah kiri, Baginda telah meminta keizinan anak kecil yang berada di kanan untuk mendahulukan air minuman kepada orang dewasa tersebut. Anak kecil itu tidak membenarkan kerana dia berhak atas kedudukannya maka Baginda Rasulullah dengan senang hati menunaikan hak anak kecil itu dengan menghulurkan air minuman kepadanya. Begitulah contoh akhlak Baginda Rasulullah dalam menunaikan hak walaupun ianya hanya melibatkan perkara kecil seperti giliran air minuman dan anak kecil.
Kisah Rasulullah ini menyedarkan kita peri pentingnya keutamaan menunaikan hak orang lain. Dengan menunaikan hak orang lain dan sandarkan hak kita kepada Allah nescaya kehidupan lebih berkat dunia dan hari akhirat. Begitu juga konsep rezeki, semakin dimurahkan rezeki semakin mudah untuk kita memberi kerana dalam setiap rezeki yang kita perolehi ada hak yang telah tertulis untuk orang lain. Islam itu mudah dan memudahkan, tidak sulit dan tidak pula meyulitkan.
* Mohsein Shariff adalah Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Mohsein Shariff
Fri Mar 15 2019
Dalam kita bersemangat turun ke medan untuk menegakkan hak, jangan kita lupa dan leka bahawa bumi Malaysia yang bertuah ini telah berdiri dengan megahnya sebagai sebuah negara merdeka 62 tahun lamanya. - Astro AWANI/Fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perjuangan menuntut hak dan menunaikan hak menurut Islam
Malaysia tetap kekal dengan kerangka sebuah negara yang membina peradaban berasaskan kerukunan dan tatasusila bangsa; yang berpegang teguh kepada prinsip- prinsip Rukunegara.