[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
BUDGET-2015

Perkasa cadang kadar cukai judi, arak dan pusat hiburan dikaji semula

Bernama 11/10/2014 | 12:41 MYT
IBRAHIM: Cukai dari perniagaan itu dilihat mampu menjana pulangan lumayan dalam mewujudkan dana pendidikan untuk orang bukan Islam. - Gambar Fail
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula kadar cukai perniagaan perjudian, arak dan pusat hiburan.
Ini kerana kutipan cukai dari perniagaan itu dilihat mampu menjana pulangan lumayan dalam mewujudkan dana pendidikan untuk orang bukan Islam, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.
Beliau berkata syarikat judi, arak dan pusat hiburan termasuk kasino di Genting Highland, Pahang dilihat dapat menjana pulangan lumayan tetapi cukai yang dikenakan kepada perniagaan berkenaan tidak langsung dinaikkan kerajaan (dalam Bajet 2015).
Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perkasa Bahagian Bagan, di sini.
Beliau turut menggesa kerajaan mengkaji semula penukaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa untuk pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang.
#Bajet 2015 #ekonomi #GST #harapan bajet #Ibrahim Ali #Najib Razak #PERKASA #subsidi