Dalam usaha menangani jangkitan COVID-19, lebih banyak hospital dan klinik kesihatan kerajaan terutamanya di luar bandar perlu diperkasakan keupayaannya untuk mengesan jangkitan, sekali gus mempercepatkan tapisan kesihatan.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata tindakan itu boleh dilakukan dengan membekalkan kemudahan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19, bagi mengelak penularan penyakit berkenaan dalam jangka masa panjang dan mengurangkan risiko pesakit menjangkiti orang lain.
"Kita sekarang ini memfokuskan kepada bandar-bandar besar dan utama. Tetapi pesakit boleh juga muncul dari pekan terpencil.
"Doktor perlu menghantar sampel ke makmal terpilih dan menunggu keputusan. Pada masa yang sama pesakit boleh terus menjangkiti orang lain, termasuk doktor yang memberi rawatan awal.
"Jadi kalau ujian (kemudahan ujian) itu dapat dibekalkan kepada semua, cepatlah pengesanan agen jangkitan dilakukan," katanya kepada Bernama.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), setakat 16 Feb lepas, terdapat 18 makmal kesihatan awam bagi menjalankan ujian pengesanan COVID-19 di Malaysia, termasuk Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru, Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu, Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu, Makmal Kesihatan Awam Ipoh dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh.
Selain itu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar; Hospital Pulau Pinang; Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban; Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru; Hospital Umum Sarawak; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu; Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan; Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Melaka.
Mengambil contoh kes lelaki tempatan berusia 31 tahun yang disahkan positif COVID-19 di Banting, Selangor pada 9 Feb lepas, Dr Sazaly berkata pengesahan hanya dapat diketahui selepas pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Begitu juga, katanya sekiranya kes berlaku di pedalaman Sabah dan Sarawak, dengan negeri yang keluasannya besar dan makmal pengesanan hanya terletak di bandar utama, adalah sukar dan agak lambat untuk sesuatu kes jangkitan itu dikesan dan disahkan memandangkan masa lama yang terpaksa diambil untuk menghantar sampel klinikal.
"Setakat ini penyakit ini belum meruncing lagi, jadi kita masih terkawal. Jika sekiranya penyakit ini menular lebih daripada sekarang, kita kena buat kesiapsiagaan, perancangan kena ada," katanya.
Memuji usaha KKM dalam mengekang penularan penyakit itu, beliau berkata aspek latihan perlu terus diberi penekanan terutama sekali dalam melatih doktor dan jururawat untuk mengambil sampel klinikal secara betul daripada pesakit bagi mengelak penularan wabak dalam kalangan sesama mereka dan pesakit lain.
Jelasnya walaupun situasi jangkitan di negara ini masih terkawal buat masa ini, namun langkah itu perlu difikirkan segera kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menzahirkan kebimbangan penularan jangkitan sekunder atau pun dalam kalangan manusia ke manusia di dalam negara.
Sementara itu, Pakar Klinikal Virologi IMR Dr Rozainanee Mohd Zain berkata jumlah hospital dan makmal kesihatan awam dengan kemudahan ujian COVID-19 itu mampu memenuhi keperluan situasi penularan virus itu di Malaysia, ketika ini.
Jelas Dr Rozainanee, Unit Virologi IMR telah melatih hospital dan makmal kesihatan awam terbabit bagi meningkatkan kapasiti makmal dalam menjalankan ujian tersebut.
"Secara keseluruhan, hospital dan makmal ini pernah dilatih untuk menjalankan ujian pengesahan bagi virus lain sebelum ini. KKM sentiasa memantau kes-kes positif COVID-19 dan mengambil kira semua aspek termasuk kapasiti menjalankan ujian pengesahan," katanya.
Dr Rozainanee berkata buat masa ini pihaknya belum mempunyai maklumat tentang makmal-makmal swasta yang mempunyai kapasiti menjalankan ujian itu.
Bagaimanapun, katanya makmal swasta yang berminat untuk menjalankan ujian pengesahan COVID-19, mereka boleh memaklumkan kepada KKM untuk tindakan lanjut.
IMR adalah makmal pertama di negara ini yang menjalankan diagnostik mengesan jangkitan itu dan telah membuat persiapan menghadapi sebarang kemungkinan penularannya ke negara ini sejak 2 Jan lepas.
Makmal itu turut diiktiraf WHO sebagai makmal rujukan bagi penyakit Polio serta Influenza dan IMR turut melatih petugas 12 makmal hospital dan lima makmal kesihatan awam untuk menjalankan ujian pengesanan dengan keputusan ujian diketahui kurang 24 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 19 2020

Makmal swasta yang berminat untuk menjalankan ujian pengesahan COVID-19 boleh memaklumkannya kepada KKM untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan

Wabak ASF | Nabawan daerah ke-10 dilanda Demam Babi Afrika
Nabawan merupakan daerah terbaru yang dilaporkan terkesan dengan wabak virus Demam Babi Afrika ASF di Sabah. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia sekaligus menjadikan daerah yang terlibat adalah sepuluh daerah setakat ini.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901225/32574879421619173019353_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021
Ikuti sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung penguatkuasaan pematuhan SOP bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pelaksanaan PKP, PKPB atau PKPP masih dilaksana secara tertumpu
Pelaksanaan sebarang perintah sama ada PKP, PKPB atau PKPP masih mengikut lokaliti dan tertumpu

Keputusan tutup sekolah adalah dibawah Kementerian Pendidikan
Keputusan tutup sekolah adalah dibawah Kementerian Pendidikan dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan diharap Kerajaan Negeri tidak mengambil keputusan sendiri berkenaan penutupan sekolah

COVID-19: 8 kluster baharu dikenal pasti, 5 libatkan kluster pendidikan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lapan lagi kluster baharu di lima negeri dan Kuala Lumpur.

SOP sambutan Aidilfitri diumum minggu depan - Ismail Sabri
Mereka sedang dalam proses memperhalusi cadangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Banyak berlaku pelanggaran SOP Bazar Ramadan
Banyak berlaku pelanggaran SOP Bazar Ramadan sehingga menyebabkan beberapa bazar telah ditutup.

Bazar Aidilfitri dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Bazar Aidilfitri dilanjutkan sehingga jam 2 pagi berkuatkuasa esok (24 April 2021)

Rentas negeri masih tidak dibenarkan
Rentas negeri masih tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri

Waspada helah, penipuan perbankan internet - MCMC
MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan 'scammer' seperti penghantaran pesanan ringkas secara rambang kepada pengguna yang menyerupai pesanan bank.

COVID-19: 8 kluster baharu dikenal pasti, 5 libatkan kluster pendidikan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lapan lagi kluster baharu di lima negeri dan Kuala Lumpur.

8 kematian baharu akibat COVID-19, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM
Berikut lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

'Fill and finish' vaksin Sinovac di Malaysia diluluskan
Kelulusan ini dijangka meningkatkan bekalan vaksin negara yang sebelum ini bergantung kepada produk vaksin siap yang diimport.

COVID-19: Malaysia catat 2,847 kes baharu, Selangor tertinggi
Jangkitan baharu itu melibatkan 2,843 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Institusi pendidikan, sekolah catat peningkatan kluster COVID-19
Sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan sub kategori sekolah atau institusi Kementerian Pendidikan (KPM) telah dikesan dari 1 Jan hingga 20 April lepas.

Sarawak mahu laksana sistem vaksinasi COVID-19 sendiri
Perkara itu dipertimbangkan selepas mengambil kira isu yang timbul semasa hari pertama Program Imunisasi Kebangsaan fasa kedua di Sibu sebelum ini.

Sarawak dibenarkan beli sendiri vaksin - Uggah
Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) telah diberi tanggungjawab melakukan perbincangan dengan pembekal vaksin bagi tujuan tersebut.

COVID-19 di sekolah: Libat urus semua pihak cari penyelesaian, gesa NUTP
Libat urus ini bagi memastikan satu gerak kerja dan perancangan yang lebih tersusun dalam menangani isu jangkitan COVID-19 di sekolah.

Khairy luluskan permohonan Sarawak beli vaksin CanSino - Uggah
Douglas Uggah Embas mengesahkan Khairy Jamaluddin meluluskan permohonan Sarawak membeli vaksin CanSino untuk kawasan pedalaman Sarawak.

COVID-19: Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa - Pakar
CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada.