PUTRAJAYA: Usaha memperkasakan perpaduan ummah akan menjadi fokus utama dalam bersama-sama ke arah pembangunan negara, kata Menteri Agama Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata ini berikutan situasi kini yang dilihat berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat sekali gus menjadi antara isu besar yang wajar diberi tumpuan dan penyelesaian.
"Insya-Allah dengan berkat doa rakyat dan sokongan daripada semua agensi agama, kita akan pastikan supaya matlamat Islam itu dapat dimartabatkan di negara ini dan insya-Allah akan berjaya dalam usaha menyatukan kesemua ummah.
"Prinsip saya ialah I seek to understand. Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat Kabinet yang pertama jadi saya akan lihat dahulu inti pati mesyuarat itu... apa yang ingin dibawa beliau (Anwar) supaya kita boleh menetapkan fokus untuk sama-sama bangunkan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya sebagai simbolik bermulanya tugas beliau secara rasmi selaku menteri bagi portfolio itu di Bangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata pertemuan bersama pihak berkepentingan seperti agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkaitan akan turut diadakan bagi memahami kehendak dan hasrat mereka ke arah memperkasakan ummah dan pembangunan negara.
Turut hadir pada sesi itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Terdahulu, Mohd Na'im tiba di Bangunan Jakim pada 8.31 pagi dan mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya pada 8.33 pagi sebelum mengadakan sesi bacaan yasin dan doa selamat.
Pada Sabtu lepas, beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen dan jawatan menteri di Istana Negara susulan pengumuman pembentukan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022
Mohd Na'im beramah mesra dengan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ketika memulakan tugas rasminya hari ini. - Bernama
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.
Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
300,000 al-Quran terjemahan dicetak, diedar ke beberapa negara sejak tahun lepas
Sebanyak 300,000 naskhah al-Quran terjemahan dalam pelbagai bahasa telah diedarkan ke beberapa negara oleh kerajaan.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
Mohd Na'im dibenar pulang, jalani rawatan di rumah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.