Selain kekuatan modal insan, aspek keselamatan di sempadan negara turut bergantung pada aset yang diguna pakai, termasuk fasiliti yang disediakan.
Justeru, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kedua-dua aspek ini akan ditambah baik bagi memastikan kedaulatan negara terus terjaga sepanjang masa.
Ia terutama ketika negara diancam pandemik COVID-19.
“Jadi, kita menambahkan penggunaan teknologi ini, seperti menggunakan CCTV, penggunaan dron, radar dan sebagainya.
"Itu memang sudah kita ada dan juga sedang mendapatkan yang baharu," katanya ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI di saluran 501 malam tadi.
Pada masa sama, beliau menambah, pihaknya akan meningkatkan jumlah pos kawalan sempadan sedia ada.
“Kalau di Sabah dan Sarawak, setakat ini kita ada 17 pos kawalan di sempadan dan kita akan tambahkan 19 lagi supaya kita boleh perkukuhkan pertahanan kita.
“Di kawasan sempadan di sebelah utara, Padang Terap, kita akan tambah dua kawalan sempadan, salah satunya kawalan sempadan bersama dengan Thailand.
"Ini supaya kita boleh buat rondaan bersama, bertukar maklumat. Dan kita juga membina kem yang berhampiran kawasan sempadan, sebagai contoh di pantai timur Sabah, kita akan bina kem di Lahad Datu,” jelas beliau.
Mengulas mengenai kebenaran rentas negeri, Ismail Sabri berkata, masih belum ada keputusan muktamad berkenaan perkara itu buat masa ini.
Katanya, beliau sedar ramai yang ingin pulang ke kampung halaman, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Namun, keputusan itu memerlukan penelitian secara berhati-hati, tambahnya.
Beliau memberi contoh sebelum ini apabila terjadi peningkatan kluster dan bilangan kes yang tinggi disebabkan aktiviti rentas negeri.
“Setiap keputusan yang dibuat berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM), selepas mereka membuat penilaian risiko. Juga, berdasarkan R0 ketika itu," katanya.
R0 atau R naught adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat.
“Jadi, untuk Hari Raya ini, saya tahu ia perkara yang memedihkan. Kalau boleh memang kita hendak balik kampung, tetapi seperti yang saya kata, ada masa lagi.
"Dan KKM akan membuat penilaian. Kita doakan kes semakin menurun. Dan untuk menurunkan kes, itu tanggungjawab kita, iaitu mematuhi setiap SOP yang dikeluarkan kerajaan,” tambahnya.
Astro Awani
Sat Mar 06 2021

Ismail Sabri berkata, beliau sedar ramai yang ingin pulang ke kampung halaman, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan, tetapi keputusan itu memerlukan penelitian secara berhati-hati. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (20 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Apple Event 2021: Ini antara produk yang boleh kita jangkakan
Apa agaknya produk baharu yang akan diumumkan Apple dalam acara yang diadakan secara atas talian pada tahun ini?

AWANI Ringkas: Wujud ketidaksamaan dalam pembelian vaksin | PKPD di MTAQ Pulai Chondong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,341 kes, Sarawak tertinggi | Kompaun: Bukan tindakan menganiaya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Lagi daerah hijau di Sabah bertukar jadi zon kuning
Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon hijau kepada zon kuning, selepas mencatatkan tiga kes baharu hari ini.
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021) [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900773/5949771741618931574856_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)
![[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April) [INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900774/5949771751618931510055_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)

PKPD di 2 lokaliti di Sarawak tamat, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster terkawal di kawasan terbabit.

PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Machang mulai esok
Ismail Sabri Yaakub menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di MTAQ, Pulai Chondong dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

196 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Seramai 196 individu ditahan kerana ingkar SOP dengan 191 dikompaun manakala lima lagi direman.

PKP di Mukim Endau dan Triang di Mersing berkuat kuasa esok
PKP di kedua-dua lokaliti ini diperlukan kerana masih terdapat kes baru dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.

PKPD di 5 kawasan di Besut dilanjut sehingga 27 April - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut Terengganu bermula 21 sehingga 27 April depan.

Lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri hari ini
Berikut adalah tumpuan kenyataan harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PKPD di beberapa lokasi di Sarawak, Sabah dan Kelantan
Menurut Menteri Kanan Pertahanan pelaksanaan itu dibuat susulan peningkatan kes di lokasi-lokasi terbabit.

Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri Yaakob 16 April
Sebanyak 169 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan.