awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pelajar UPSI ditemukan lemas selepas cuba selamatkan rakan
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkataan rasis, biadab dilarang di Dewan Rakyat - Speaker

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/07/2020
03:15 MYT
Perkataan rasis, biadab dilarang di Dewan Rakyat - Speaker
Azhar berkata, beliau dan Timbalan-timbalan Speaker akan mengambil tindakan berlandaskan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekiranya perkataan berkenaan masih kedengaran selepas ini. - Gambar BERNAMA
Semua wakil parti politik sebulat suara bersetuju untuk memastikan perkataan berbaur hasutan, rasis, biadab dan seksis tidak lagi digunakan dalam Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, persetujuan itu dicapai dalam perjumpaan dengan Ahli Dewan pada Isnin.
"Semua wakil parti sebulat suara memperbaharui komitment mereka untuk mempertahankan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam memastikan perkatan berbaur hasutan, rasis, biadab dan seksis tidak digunakan dalam oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
"Jadi, adalah diharapkan semua Ahli Yang Berhormat juga meemberi komitmen yang sama demi menjamin perjalanan dewan yang berkualiti dan beradab sopan," katanya sebelum Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini, pada Isnin.
Sehubungan itu, Azhar berkata, beliau dan Timbalan-timbalan Speaker akan mengambil tindakan berlandaskan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekiranya perkataan berkenaan masih kedengaran selepas ini.
"Saya juga juga mengingatkan bahawa keberadaan ini membawa satu tanggungjawab yang berat iaitu harapan rakyat kepada kita semua.
"Rakyat berharap agar masalah dan keluh-kesah mereka dibincangkan dalam Dewan ini dan penyelesaian dapat dicari," katanya.
Topic Berkaitan
#biadab
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#rasis
#seksis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan