Seorang lelaki maut selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pecah Batu, Trong, dekat sini, pada petang Ahad.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 3.09 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa berusia 33 tahun itu difahamkan sedang bermandi-manda bersama ahli keluarga di sungai berkenaan ketika insiden berlaku.
“Mangsa bagaimanapun tidak sempat untuk naik ke tebing apabila kepala air menghampirinya dan dihanyutkan sejauh satu kilometer dari lokasi.
“Operasi BBP Taiping kemudian menjumpai mangsa di celahan batu dan kayu yang hanyut sekitar pukul 4.40 petang, dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir,” katanya dalam sebuah kenyataan media, hari ini.
Jelasnya, operasi memerlukan anggota BBP berpecah kepada tiga kumpulan untuk melaksanakan pencarian di sepanjang sungai berkenaan.
“Anggota BBP mengalami kesukaran untuk menarik mangsa yang berada di celahan batu berikutan air sungai yang deras dan terpaksa menggunakan tali dan pengusung untuk menaikkan mangsa ke tebing.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tambahnya, operasi yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasna Rashid itu tamat sekitar 5.15 petang.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Oct 29 2017
Seorang lelaki maut selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pecah Batu, Trong, dekat sini, pada petang Ahad. -Foto JBPM
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
Arus deras di kawasan berkenaan menyukarkan pekerja berkenaan untuk keluar daripada kawasan itu.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan
Semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan dibawa ke tempat selamat.
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Lelaki OKU sesat di hutan sejak semalam, ditemukan selamat
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan sesat di hutan di Rancangan Pemulihan Tanah Sungai Pas, Kuala Krai semalam, ditemukan selamat malam ini.
Tujuh remaja sesat di Bukit Maras ditemukan selamat
Kesemua mangsa berusia 16 hingga 19 tahun itu telah ditemui dan tiba di kaki bukit berkenaan pada 1 tengah hari.
Treler terbabas, terbakar berhampiran Plaza Tol Duta
Pemandu treler mengalami kecederaan di tangan dan kepala, dan diberikan rawatan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.
Wanita maut selepas treler rempuh rumah
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan dilakukan sebelum pihaknya menemukan mangsa di bahagian bawah hadapan treler itu.
Rumah, kedai di Padang Jawa musnah dijilat api
Tiada mangsa dan individu tercedera dalam kejadian kebakaran ini.
Hostel terbakar: Wanita alami sesak nafas, 13 lagi terselamat
Seorang wanita mengalami sesak nafas manakala 13 individu lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan sebuah hostel di bangunan premis perniagaan di Bandar Puchong Jaya, Selangor.