awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkenalkan silibus TVET lebih fleksibel, singkat - Pensyarah Kanan UPSI

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
22/12/2023
14:18 MYT
Perkenalkan silibus TVET lebih fleksibel, singkat - Pensyarah Kanan UPSI
Ridzwan berkata industri ketika ini bergerak pantas dan memerlukan tenaga mahir segera. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) perlu memperkenalkan silibus pensijilan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih fleksibel dengan tempoh pengajian lebih singkat.
Pensyarah Kanan, Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Ridzwan Che Rus berkata industri ketika ini bergerak pantas dan memerlukan tenaga mahir segera.
“Kita ada syarikat ketiga teratas di dunia dalam teknologi dron di Malaysia, tetapi untuk mendapatkan tenaga kerja mahir, program yang kita bangunkan menetapkan keperluan enam bulan untuk tamat latihan.
“Sedangkan industri mahu sehari selepas mereka memulakan perusahaan. Di sinilah ada jurang. Maka MQA dan JPK sudah sedar.
“Tetapi kita perlukan tadbir urus baharu untuk pembangunan silibus baharu yang lebih fleksibel dan memenuhi keperluan industri hari ini seterusnya boleh menghasil graduan dalam masa yang cepat,” katanya dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Jelasnya sistem ketika ini hanya mampu melahirkan tenaga kerja mahir dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun hingga dua tahun.
Menurut Ridzwan tempoh latihan tersebut terlalu lama dan tidak boleh bergerak seiring dengan keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri.
“Kita tak mampu menyediakan tenaga kerja dalam masa yang singkat. Contohnya, Sapura Engineering hendak buka kawasan industri di Lumut, sebagai contoh, dan memerlukan 7,000 hingga 8,000 pekerja.
“Sedangkan tenaga kerja yang sedang kita latih memerlukan masa setahun hingga dua tahun untuk sempurnakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 atau diploma. Di situ kita lihat terdapat satu jurang,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Dialog Poket Rakyat
#TVET
#Pasaran buruh
#tenaga mahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan