awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum

Bernama
Bernama
25/08/2022
13:58 MYT
Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum
Datuk Awang Hashim berkata jumlah itu melibatkan 252,188 kes dari pelbagai kategori iaitu Faedah Hilang Upaya Sementara dan Kekal, Faedah Perubatan dan Orang Tanggungan, selain Faedah Pengurusan Jenazah. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR GAJAH: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih RM319.4 juta kepada pencarum yang layak di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata jumlah itu melibatkan 252,188 kes dari pelbagai kategori iaitu Faedah Hilang Upaya Sementara dan Kekal, Faedah Perubatan dan Orang Tanggungan, selain Faedah Pengurusan Jenazah.
"Jumlah pembayaran tertinggi setakat ini ialah faedah hilang upaya kekal iaitu RM128.3 juta membabitkan sebanyak 9,957 kes, diikuti faedah hilang upaya sementara iaitu RM117.9 juta (197,576 kes).
"Justeru kita ingin mengingatkan semua majikan, untuk terus mencarum seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau bersama Skuad Perkeso Prihatin menyerahkan faedah dan peralatan pemulihan kepada Orang Berinsurans (OB) Zulkipli Omar di Kelemak di sini hari ini.
Zulkipli, 59, layak menerima Faedah Pencen Ilat berjumlah RM891.67 dan Elaun Layanan Sentiasa (ELS) berjumlah RM500, selain barangan keperluan lain seperti lampin pakai buang, tilam dan susu.
Beliau yang bekerja di sebuah syarikat di Melaka, kini terlantar di rumah selepas disahkan lumpuh separuh badan sejak Mei akibat penyakit diabetes, hipertensi dan darah tinggi yang dihidapinya.
Sementara itu, isterinya Norhayati Mohd Nor, 59, berkata faedah bulanan yang diterima itu, sedikit sebanyak meringankan beban mereka sekeluarga.
"Syukur kerana suami saya yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat swasta mempunyai caruman, kalau dulu saya tidak tahu, namun dua kali doktor yang merawat suami menyaran kepada saya untuk merujuk perkara ini dengan PERKESO," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#Pertubuhan Keselamatan Sosial
#faedah
#pencarum
#Kementerian Sumber Manusia
#Awang Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan