awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perketat peraturan jual produk kecantikan, kesihatan dalam platform e-dagang - Senator

Bernama
Bernama
29/03/2023
10:05 MYT
Perketat peraturan jual produk kecantikan, kesihatan dalam platform e-dagang - Senator
Peraturan sedia ada dilihat tidak memadai dengan penyelia platform tidak mempunyai inisiatif memantau peniaga dengan teliti selain modal perniagaan yang mengutamakan keuntungan daripada setiap jualan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan kerajaan memperketatkan peraturan perniagaan dalam platform e-dagang bagi membasmi penjualan barangan palsu terutama produk kecantikan dan perubatan.
Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata peraturan sedia ada dilihat tidak memadai dengan penyelia platform tidak mempunyai inisiatif memantau peniaga dengan teliti selain modal perniagaan yang mengutamakan keuntungan daripada setiap jualan.
"Jika ada tindakan pun, mereka hanya padam iklan jualan selepas dapat aduan, jadi kita kena ketatkan peraturan, letakkan beban pada penyedia platform untuk memadamkan produk palsu, mereka juga patut dikenakan penalti yang besar," katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara hari ini.
Dalam sesi yang sama, Senator Datuk A Kesavadas Nair pula mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) menyelaraskan kos rawatan awam serta swasta supaya disamakan dan mewujudkan satu skim insurans universal dalam membina satu ekosistem kesihatan yang holistik untuk masyarakat.
"Jika dilaksanakan dengan teliti dan betul perkara ini mampu menyelesaikan pelbagai masalah tunjang yang dihadapi sektor perubatan awam daripada kesesakan wad, kepada pengurusan sumber manusia KKM dan banyak lagi," katanya.
Sementara itu Senator Datuk Ras Adiba Radzi pula mencadangkan agar Kementerian Sumber Manusia dapat melaksanakan satu inisiatif khusus bagi mewujudkan mengenai peluang pekerjaan membabitkan Orang Kurang Upaya (OKU) .
Beliau berkata, polisi "satu saiz muat untuk semua" tidak sesuai dalam perancangan pemulihan melibatkan prospek pekerjaan golongan OKU dan memohon agar kerajaan merangsang pekerjaan dan keusahawanan baharu dengan kerjasama rentas kerajaan, agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Senator Ros Suryati Alang pula mencadangkan kerajaan mengkaji semula tempoh maksimum 10 tahun bayaran semula pinjaman peribadi dan dilanjutkan kepada 15 hingga 20 tahun bagi mengurangkan bebanan bayaran bulanan.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#platform e-dagang
#jualan produk kesihatan
#produk kecantikan
#Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan