awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman

Bernama
Bernama
05/06/2017
23:00 MYT
Perkhidmatan awam Malaysia antara terbaik di dunia - Abdul Rahman
ABDUL RAHMAN: Ahli politik seperti saya datang dan pergi...tetapi Malaysia efektif kerana perkhidmatan awam. - Gambar fail
Kejayaan Malaysia pada hari ini tidak akan dicapai tanpa perkhidmatan awam yang cemerlang dan antara terbaik di dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Katanya beliau telah pergi ke banyak negara lain yang memperoleh kemerdekaan dalam tempoh hampir sama seperti Malaysia, tetapi tidak dapat mencapai tahap pembangunan yang dikecapi Malaysia seperti hari ini.
"Negara kita dikelilingi oleh pelbagai konflik (di negara lain) di utara, timur dan sebagainya, tetapi mengapa Malaysia dapat bertahan dan mungkin berada di hadapan kerana kita mempunyai salah satu perkhidmatan awam yang terbaik di dunia.
"Ahli politik seperti saya datang dan pergi...tetapi Malaysia efektif kerana perkhidmatan awam. Terutamanya pada mesyuarat kabinet, saya sangat kagum apabila dokumen, kertas kerja, statistik terkini dan sebagainya semua ada di atas meja. Saya tidak tahu bagaimana mereka melakukannya," katanya.
Abdul Rahman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sekalung Budi Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff yang menamatkan perkhidmatannya pada Isnin.
Rahamat Bivi akan digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, berkuatkuasa Rabu ini.
Turut hadir pada majlis yang diadakan di EPU, di sini, ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K. Devamany dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Dalam pada itu, Rahamat Bivi dalam ucapannya, menyampaikan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui EPU sejak 19 Okt 2011.
"Selama menerajui EPU saya mengaku saya memang garang, tetapi itu adalah untuk kebaikan bersama. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan kepada saya selama ini," kata Rahamat Bivi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#kemerdekaan
#kerajaan
#perkhidmatan awam
#rahamat Bivi Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan