awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan ETS Ipoh-Kampar masih belum beroperasi sepenuhnya

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2016
01:48 MYT
Perkhidmatan ETS Ipoh-Kampar masih belum beroperasi sepenuhnya
Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membantu penumpang yang terkandas turun dari bas untuk meneruskan perjalanan ke utara di Stesen KTMB Ipoh pada Jumaat lalu. - Foto Bernama
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Ipoh ke Kampar yang masih tergendala setakat pagi ini dijangka beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya petang ini.
Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan Hanafi ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan ketika ini operasi membaiki landasan masih dijalankan dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya selewat-lewatnya pada petang Ahad.
"Satu landasan dijangka boleh digunakan pada jam 3 petang hari ini," ujarnya.
Menurut laporan, perkhidmatan yang sepatutnya beroperasi seawal perjalanan pertama jam 5 pagi tadi, masih tergendala.
Pada Sabtu Pengerusi KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad dilaporkan berkata kerja-kerja pengalihan gerabak tren kargo yang tergelincir dan terkeluar daripada landasan pada Jumaat sudah pun siap sebanyak 70 peratus.
Menurut Nawawi perkhidmatan terbabit dijangka dapat memulakan operasi awalnya menggunakan satu laluan sepanjang 100 meter yang telah dibaikpulih.
Pada kejadian 3.15 pagi Jumaat lalu, dua lokomotif dan 40 gerabak dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek, Perak, untuk mengambil muatan simen, tergelincir di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di sini.
Dalam insiden itu, dua lokomotif dan 25 gerabak mengalami kegelinciran.
Topic Berkaitan
#ETS
#Tren Elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan