awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan feri penumpang Terminal Kuala Perlis dihentikan sepanjang PKPB

Bernama
Bernama
13/01/2021
08:27 MYT
Perkhidmatan feri penumpang Terminal Kuala Perlis dihentikan sepanjang PKPB
Operasi perkhidmatan feri (penumpang) akan dibuka semula apabila tamat PKPB nanti. - Google Map Images
KUALA PERLIS:Syarikat Ferryline Ventures Sdn Bhd (Ferryline) menghentikan perkhidmatan feri penumpang keluar masuk dari Terminal Kuala Perlis ke Pulau Langkawi, Kedah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan pulau peranginan itu, bermula hari ini.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi syarikat itu, Kapten Baharin Baharom berkata bagaimanapun perkhidmatan feri Roll On-Roll Off (RoRo) ke Pulau Langkawi masih beroperasi seperti biasa.
"Operasi perkhidmatan feri (penumpang) akan dibuka semula apabila tamat PKPB nanti," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati keadaan Terminal Feri Kuala Perlis lengang.
PKPB dilaksanakan di enam negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan bermula hari ini sehingga 26 Jan.
PKP pula dilaksana dalam tempoh yang sama bagi Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, manakala Perlis dan Sarawak pula dikenakan PKP Pemulihan (PKPP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terminal kuala perlis
#PKPB
#kapal roro
#penumpang
#pandemik
#COVID-19
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan