Perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Tiga-Subang Jaya tergendala

Insiden yang berlaku pada kira-kira 8.30 pagi itu menyebabkan laluan di antara Stesen Subang Jaya dengan Batu Tiga tidak dapat digunakan buat sementara waktu. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Operasi tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melibatkan perkhidmatan KTM Komuter di laluan Batu Tiga-Subang Jaya mengalami gangguan pagi tadi berikutan alat talian atas terputus.
Ringkasan AI
- Gangguan alat talian atas menyebabkan operasi tren KTM Komuter laluan Batu Tiga-Subang Jaya terjejas pada kira-kira 8.30 pagi, menimbulkan kelewatan melebihi 60 minit dan perkhidmatan ditamatkan lebih awal.
 - Penumpang terjejas diarahkan menaiki bas perantara dari Stesen Shah Alam, Batu Tiga, dan Padang Jawa ke Subang Jaya, serta tren petang dari KL Sentral akan tamat di Subang Jaya dengan penumpang perlu mengambil bas perantara ke Shah Alam untuk sambung ke Pelabuhan Klang.
 - Pasukan teknikal KTMB sedang bekerja untuk memulihkan perkhidmatan tren secepat mungkin sambil memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang, dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak.
 
"Oleh yang demikian, tren bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim ditamatkan di Stesen Shah Alam, Batu Tiga dan Padang Jawa, serta penumpang diaturkan menaiki bas perantara ke Stesen Subang Jaya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing," menurut kenyataan itu hari ini.
KTMB turut memaklumkan bahawa bagi operasi sebelah petang, tren dari KL Sentral akan tamat di Stesen Subang Jaya dan penumpang perlu menaiki bas perantara yang disediakan di antara Subang Jaya-Shah Alam, seterusnya menyambung perjalanan menggunakan tren komuter dari Stesen Shah Alam ke Pelabuhan Klang.
"Pasukan teknikal KTMB kini berada di lokasi kejadian dan kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan bagi memastikan perkhidmatan tren dapat dipulihkan serta beroperasi seperti biasa secepat mungkin.
"KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penumpang dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


