Seorang wakil rakyat kerajaan pada Isnin mencadangkan supaya susunan perkongsian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dikaji semula dan diperbaharui untuk didesentralisasikan.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung berkata, pihak berkaitan perlu meneliti semula Jadual 9 Perlembagaan untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada negeri dalam hal-hal seperti pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan pengawalan polis.
"Pada masa ini kerajaan persekutuan mempunyai kuasa ke atas semua perkara penting, meninggalkan kerajaan negeri dengan kuasa yang sangat kecil," katanya.
Beliau berkata walaupun mempunyai Exco negeri yang menjaga kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan portfolio lain, namun mereka tidak berkuasa sepenuhnya kerana semua struktur kawalan terletak pada kerajaan pusat.
"Justeru, walaupun kita bersemangat mahu mengembalikan semula Pasukan Peronda Sukarela (PPS), ia tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan oleh kerajaan persekutuan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, di sini.
Selain itu, Gooi berkata terdapat keperluan mendesak untuk melihat semula cara dana persekutuan diagihkan kepada negeri-negeri yang sebelum ini dilakukan dengan cara yang tidak adil.
Beliau berkata selama 60 tahun, pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah melayan negeri-negeri dengan tidak adil dalam perbelanjaan yang tidak seimbang serta pilih kasih negeri-negeri secara berlainan.
"Pulau Pinang pada masa lalu di bawah pemerintahan persekutuan BN dilayan seperti Cinderella, anak tiri yang diabaikan dan saya telah menuntut untuk mengakhiri sindrom Cinderella ini.
"Pulau Pinang mesti dianggap sebagai first among equals dengan negeri-negeri lain di Malaysia," katanya.
Persidangan bersambung pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 12 2018
Gooi berkata terdapat keperluan mendesak untuk melihat semula cara dana persekutuan diagihkan kepada negeri-negeri yang sebelum ini dilakukan dengan cara yang tidak adil. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Perkongsian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu dikaji semula
Kerajaan Negeri perlu diberi lebih banyak kuasa dalam hal-hal seperti pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan pengawalan polis.