awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis nafi mesej tular warga Hong Kong ditahan positif koronavirus

Salim Aziz
Salim Aziz
31/01/2020
11:01 MYT
Perlis nafi mesej tular warga Hong Kong ditahan positif koronavirus
Kerajaan negeri Perlis memantau rapat keadaan di tiga pintu masuk ke negeri itu. - Gambar fail/BERNAMA
Wabak novel koronavirus (2019-nCoV) tidak merebak ke Perlis, seperti mana didakwa sesetengah pihak yang tular di laman sosial Facebook, sejak petang tadi.
Kenyataan itu dibuat Exco Kesihatan Negeri, Teh Chai Aan selepas mendapat pengesahan dalaman daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis.
Kata Chai Aan, mesej tular itu mendakwa dua pelancong Hong Kong ditahan selepas didapati positif koronavirus yang dalam perjalanan menuju ke Thailand menggunakan perkhidmatan kereta api di Stesen Kereta Api KTMB Padang Besar.
Menurut Chai Aan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu cuma mengalami demam, sebelum dibawa menerima rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa
Meskipun begitu, pihaknya menasihati penduduk di negeri itu agar tidak panik dengan menyebarkan maklumat yang tidak sahih sumbernya.
Sejak petang tadi, tular di Facebook berhubung penahanan dua pelancong Hong Kong yang ditahan kerana positif koronavirus.
Hantaran itu dimuatnaik bersama sekeping gambar ambulan yang sedang menanti di perkarangan stesen KTMB Padang Besar untuk membawa dua pelancong berkenaan ke hospital untuk dikuarantin.
Dalam perkembangan lain, Chai Aan berkata, kerajaan negeri memantau rapat keadaan di tiga pintu masuk ke negeri itu, yang membabitkan Padang Besar, Wang Kelian dan Jeti Penumpang Kuala Perlis bagi mengekang penularan novel koronavirus.
Topic Berkaitan
#China
#Facebook
#Hospital Tuanku Fauziah
#Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
#koronavirus
#novel koronavirus
#padang besar
#Perlis
#Teh Chai Aan
#virus Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan