KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis menawarkan enam insentif kepada pelabur termasuk berkaitan tanah dan cukai dalam usaha menarik minat mereka untuk melabur di negeri itu.
Malah, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata berdasarkan maklumat pihak Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Perlis juga merupakan negeri yang menawarkan insentif paling menarik kepada pelabur berbanding Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
Menurutnya, kesemua insentif itu adalah di bawah Pakej Insentif Rangsangan Pelaburan Pasca COVID-19 yang diluluskan oleh kerajaan negeri berkuat kuasa mulai 1 Februari lepas hingga 31 Dissember tahun depan.
Katanya, insentif pertama melibatkan pengurangan premium tanah pada kadar antara 10-30 peratus, insentif kedua bayaran cukai tanah secara berjadual manakala insentif ketiga berkaitan pengecualian bayaran caj perkhidmatan sebanyak RM1,000.
"Selain itu, insentif keempat dari segi tempoh keputusan dasar kerajaan negeri dalam masa dua minggu dari tarikh pembentangan dalam Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Negeri Perlis dan insentif seterusnya berkaitan pengurangan cukai taksiran sebanyak 10 peratus untuk sektor pergudangan dan pembuatan dalam tempoh dua tahun bagi pelabur baharu.
"Insentif keenam membabitkan pengurangan bayaran lesen bagi sektor pergudangan dan pembuatan dalam tempoh dua tahun untuk pelabur baru," katanya.
Beliau menjawab soalan Gan Ay Ling (PH-Indera Kayangan) mengenai pakej atau insentif ditawarkan kerajaan negeri bagi menarik pelabur ke Perlis, pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, hari ini.
Dalam pada itu, menjawab soalan Mohd Shukri Ramli (Pas-Sanglang), Azlan berkata walaupun pembangunan fizikal Jeti Bersepadu Kuala Sanglang belum dimulakan, namun aspek berkaitan peraturan yang perlu dipatuhi dan kelulusan pembangunan jeti itu telah pun diperoleh.
"Pelaksanaan Pembangunan Jeti Bersepadu Sanglang ini berkait rapat dengan projek Perlis Inland Port (PIP) yang mana projek pembangunan Jeti Kuala Sanglang ini akan dilaksanakan enam bulan selepas projek PIP dimulakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Menurut Azlan, kesemua insentif itu adalah di bawah Pakej Insentif Rangsangan Pelaburan Pasca COVID-19 yang diluluskan oleh kerajaan negeri. - Bernama
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
Kes tuntutan palsu, AMLA babit Azlan Man dibicara tahun depan
Mahkamah Sesyen menetapkan perbicaraan kes mengemukakan tuntutan palsu RM1.18 juta dan menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) membabitkan bekas Menteri Besar Perlis, bermula Julai tahun depan.
Azlan Man akan kemuka representasi kaji 10 pertuduhan
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan mengemukakan representasi kepada AGC bagi mengkaji 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.
10 kes tuntutan palsu, AMLA Azlan Man dibicarakan bersama
Azlan Man, 64, sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara lima kes AMLA di mahkamah sama di Kuala Lumpur.
Kes tuntutan palsu bekas MB Perlis, Azlan Man dipindah ke Mahkamah KL
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur.
Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta
Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas lima pertuduhan terima wang haram berjumlah RM1.06 juta.
Bekas MB Perlis akan didakwa lagi esok
Azlan, 65, dijangka dituduh berdasarkan jemputan liputan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Azlan Man hadapi lima tuduhan tuntutan palsu bernilai lebih RM1.18 juta
Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan tuntutan palsu berjumlah lebih RM1.18 juta.
Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM
Azlan tiba bersendirian kira-kira 8.15 pagi dan terus masuk ke Mahkamah Sesyen 1.
Pemilihan UMNO: Azlan Man, Mohamad Ali gagal pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian
Azlan tewas kepada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.
PRU15: Azlan Man gagal pertahan kerusi DUN Bintong
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, Datuk Seri Azlan Man gagal mempertahankan kerusi itu selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Fakhrul Anwar Ismail.