awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis terima cadangan, input tingkat pelancongan sempena TMP2024-2025

Bernama
Bernama
19/09/2023
05:29 MYT
Perlis terima cadangan, input tingkat pelancongan sempena TMP2024-2025
Geotapak Bukit Jernih menjadi antara tarikan pelancong yang popular di Perlis. - Gambar hiasan/ Bernama
KANGAR: Perlis mengalu-alukan sebarang maklum balas, cadangan yang membina dan penambahbaikan berterusan daripada agensi dan wakil pengusaha pelancongan serta pengunjung bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah langkah itu juga sebagai persiapan menjayakan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.
"Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis mengklusterkan lima sektor 'Jejak Pelancongan' iaitu Jejak Pelancongan Eko; Jejak Pelancongan Agro; Jejak Pelancongan Budaya, Sejarah, Seni dan Warisan; Jejak Pelancongan Membeli Belah dan Makanan serta Jejak Pelancongan Sukan dan Rekreasi," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di sini hari ini, selepas baginda berkenan melancarkan Promosi Makanan Perlis di Restoran Malaysia Nur Muhammad di Istanbul, Turkiye.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda berdua Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Turut mengiringi baginda ialah Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Dr Zaliman Sauli.
Pada majlis itu, Restoran Malaysia Nur Muhammad yang diuruskan oleh Nur Muhammad Turizm Gida Ve Ticaret Ltd Sti dan dimiliki sepenuhnya oleh GISB Holdings (Malaysia) menghidangkan menu istimewa kurma daging Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#pelancongan
#Raja Muda Perlis
#TMP 2024-2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan