awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu bayar untuk suntikan vaksin kanak-kanak selepas PICKids tamat bulan depan

Bernama
Bernama
27/04/2022
12:43 MYT
Perlu bayar untuk suntikan vaksin kanak-kanak selepas PICKids tamat bulan depan
Khairy berkata pengambilan suntikan terbabit boleh dibuat di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berbayar. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Bayaran akan dikenakan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditamatkan pada 15 Mei ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) mengumumkan pemberian dos pertama di bawah PICKids hanya akan diberikan hingga 15 Mei ini dan tidak lagi ditawarkan selepas tarikh akhir berkenaan memandangkan permintaan rendah vaksinasi yang boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.
"Selepas tarikh tersebut, vaksin yang diberikan adalah secara berbayar dan jenis vaksin yang diberikan ialah Sinovac," kata Khairy pada sidang media di sini hari ini bagi mengumumkan kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 di negara ini selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik.
Khairy berkata pengambilan suntikan terbabit boleh dibuat di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) berbayar.
Beliau berkata program PICKids tidak dapat dipanjangkan kerana ia melibatkan tarikh luput vaksin, penghantaran daripada pengeluar selain terdapat usaha untuk memperoleh lebih banyak ubat antiviral.
Dalam pada itu, Khairy berkata penularan COVID-19 di negara ketika ini berada pada tahap terkawal dengan kadar positiviti antara lima hingga 10 peratus.
Beliau berkata pelaporan berhubung penularan kes COVID-19 di negara ini tidak akan dikeluarkan secara harian bermula esok.
"Esok (Khamis) merupakan hari terakhir KKM akan mengeluarkan (pelaporan itu) dan ia akan dikeluarkan secara mingguan selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PICKids
#berbayar
#tamat
#mei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan