awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kerajaan Perpaduan berpotensi besar kekal satu lagi penggal - Merdeka Centre
MALAYSIA
Ukraine rayu Malaysia perkukuh bantuan kemanusiaan
DUNIA
Peguam khas mohon waran tangkap terhadap bekas presiden Korea Selatan Yoon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai

Bernama
Bernama
15/05/2024
06:52 MYT
Sponsor Banner
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Gambar tular memaparkan tindakan beberapa individu didakwa melepaskan ribuan anak ikan di Sungai Hulu Bernam, Tanjung Malim. - Gambar/ FB CCTV Tg Malim
IPOH: Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Pengarah Perikanan Perak Mohd Ghazali A Manap berkata perkara itu termaktub dalam garis panduan jabatan yang bertujuan melindungi spesies ikan air tawar tempatan daripada terancam.
"Kalau ada pihak yang nak lepaskan ikan sama ada ia spesies tempatan atau sebaliknya, perlu mendapat kebenaran pihak kami.
"Mereka perlu hadir ke pejabat kami dan maklumkan apa tujuan sebenar pelepasan itu dibuat, spesies apa yang nak dilepaskan dan sebagainya. Kita tak mahu perkara ini dipandang mudah oleh mana-mana pihak kerana ia membabitkan kepentingan spesies ikan tempatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pada 12 Mei lepas, tular mengenai satu video yang memaparkan tindakan beberapa individu didakwa melepaskan ribuan anak ikan di Sungai Hulu Bernam, Tanjung Malim.
Dalam pada itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedang mengenal pasti suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit selepas menerima aduan daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Mengulas tentang penularan video pelepasan ikan itu, Mohd Ghazali berkata buat masa ini siasatan menyeluruh termasuk penguatkuasaan tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan Negeri Selangor.
"Memang pihak kita (Jabatan Perikanan Negeri Perak) yang membuat aduan, namun selepas diselidiki, kejadian itu berlaku dalam negeri Selangor.
"Jadi, sebarang tindakan atau siasatan telah diserahkan kepada mereka untuk tindakan lanjut terhadap suspek yang melepaskan ribuan ikan dipercayai spesies anak ikan keli Afrika," katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain dilaporkan berkata DOF sedang mengenal pasti suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular pelepasan ikan itu.
Adnan dilaporkan berkata DOF juga mengadakan konsultasi bersama pihak berkaitan termasuk persatuan terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#Hulu Bernam
#ikan keli
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami