awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu peka keselamatan makanan di majlis rumah terbuka Aidilfitri - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
08/07/2017
08:22 MYT
Perlu peka keselamatan makanan di majlis rumah terbuka Aidilfitri - KP Kesihatan
Noor Hisham berkata, semasa menyediakan juadah rumah terbuka, para tetamu perlu mengamalkan kaedah 'lihat, hidu dan rasa' sebelum menjamah makanan. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa peka terhadap keselamatan makanan yang disediakan di majlis-majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Pengarah Kesihatannya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata mereka perlu memastikan pengendalian makanan yang bersih dan sanitari diamalkan.
Menurut Dr Noor Hisham ini adalah kerana pada tahun lalu, terdapat peningkatan kes keracunan makanan dengan mendadak iaitu peningkatan sebanyak 51.6 peratus pada bulan lebaran ini berbanding bulan biasa.
"Semasa menyediakan juadah rumah terbuka, para tetamu pula perlu mengamalkan kaedah 'lihat, hidu dan rasa' sebelum menjamah makanan.
"Di samping itu, sentiasa amalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari Ini.
Oleh itu , Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna yang bijak dengan mengutamakan kesihatan, kebersihan, dan keselamatan makanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kebersihan
#keselamatan
#makanan
#rumah terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan