awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu polisi holistik, mampan tangani masalah miskin bandar - Pakar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/08/2020
08:02 MYT
Perlu polisi holistik, mampan tangani masalah miskin bandar - Pakar
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan isu kesihatan mental dan perlindungan sosial. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Polisi yang lebih lestari perlu dilaksanakan segera dalam menangani permasalahan yang didepani kelompok miskin bandar di Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan, DM Analytics Malaysia, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan isu kesihatan mental dan perlindungan sosial.
"Isu kesihatan mental perlu dikukuhkan. Kita tidak boleh mengasingkan atau membezakan kesihatan mental dengan kesihatan fizikal dan produktiviti kerana ia saling berkait.
"Perlindungan sosial di Malaysia ketika ini adalah untuk pekerja formal. 'Mak Cik Kiah' tak ada perlindungan sosial KWSP atau Perkeso.
"Pemandu e-hailing, penggiat ekonomi gig tidak dilindungi. Kita perlu pastikan ada polisi perlindungan sosial kepada mereka supaya apabila berlaku krisis, mereka akan dilindungi," katanya ketika membentangkan dapatan kajian laporan Families on the Edge - Siri Ogos 2020 di sini hari ini.
Laporan tersebut adalah hasil kajian dilakukan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) di 16 buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur.
Selain itu, ujarnya isu melibatkan nutrisi makanan terutama dalam kalangan kanak-kanak perlu dijadikan fokus.
Jelasnya, segala polisi yang akan dirangka dan dilaksanakan perlu holistik dalam memberi sokongan kepada kelompok masyarakat yang paling berisiko itu.
Topic Berkaitan
#DM Analytics Malaysia
#Dr Muhammed Abdul Khalid
#KWSP
#miskin bandar
#perkeso
#UNFPA
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan