KUALA LUMPUR: Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) satu pengiktirafan bagi fungsi dan peranan semasa jabatan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata komitmen ini membuktikan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar memberikan medan lebih luas kepada jabatan berkenaan memainkan peranan dalam pembangunan negara.
"Kerajaan Perpaduan meletakkan hala tuju dan agenda yang jelas mengenai pembangunan Islam dalam pentadbiran negara. Sekarang ini menjadi cabaran kepada pengurusan Jakim untuk menyahut cabaran yang diberikan pucuk pimpinan negara kepada Jakim.
"Islam adalah cara hidup justeru Perdana Menteri melihat bahawa peranan Jakim perlu diperluaskan lagi merentasi fungsi-fungsinya yang tradisi dan perlu merentasi bidang-bidang yang lebih luas dan memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara," katanya kepada Bernama.
Ahad lepas, Anwar berkata Kerajaan Persekutuan mahu peranan Jakim diperluas termasuk dalam membantu melakar rangka dasar pembangunan negara berteraskan Malaysia MADANI.
Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata Jakim pada masa ini sedang merangka struktur pelaksanaan pengembangan peranannya antaranya untuk memberikan tumpuan kepada penterjemahan aplikasi Maqasid Syariah dan nilai-nilai Islam bersama pelbagai agensi dalam dasar-dasar kerajaan.
"Ini termasuk penekanan dan tumpuan ditujukan kepada pendekatan fungsional dan aktualisasi yang strategik dalam pelbagai aspek kehidupan berasaskan kepentingan dan orientasi maslahah rakyat, dan tidak terhenti kepada perbahasan konsep dan retorik teori semata-mata," katanya.
Katanya Jakim juga akan mempergiatkan kerjasama secara kolektif, merentasi pelbagai agensi dan bidang bagi menterjemahkan nilai-nilai Islam dalam dasar merangkumi dasar pembangunan ekonomi, pembasmian kemiskinan, pemuliharaan alam sekitar, pendidikan, pengukuhan sosial dan sebagainya.
Mohd Na'im berkata pelaksanaan dasar-dasar seumpamanya akan menyumbang kepada kesan positif dari sudut fizikal dan rohani seterusnya memberi impak kepada kehidupan rakyat dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa dan masa depan.
Beliau berkata fungsi Jakim pada masa ini adalah menerajui pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan serta menjadi urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Katanya, ini termasuk pelaksanaan tiga fungsi utama iaitu Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak; Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam dan Penyelarasan Pentadbiran Islam.
Bagaimanapun, pelaksanaan fungsi-fungsi itu melibatkan pelbagai agensi secara terbatas yang berkaitan dengan fungsi berkenaan dan khusus terkait hal ehwal Islam sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Kerajaan Perpaduan meletakkan hala tuju dan agenda yang jelas mengenai pembangunan Islam dalam pentadbiran negara.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
Isu logo didakwa mirip kalimah Allah di tapak kasut: Tindakan tegas jika disengajakan - Jakim
Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's yang didakwa mirip kalimah Allah.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Masjid Negara mohon maaf isu pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung
Pengurusan Masjid Negara memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Stoking kalimah Allah: JAKIM beri amaran keras kepada pengurusan KK Supermart
JAKIM memberi amaran keras kepada pengurusan KK Supermart and Superstore Sdn Bhd supaya isu melibatkan sensitiviti keagamaan tidak berulang lagi.
Mohamad Sabu terima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina, persijilan halal antara dibincang
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina Diana Mondino, semalam.
Majlis ilmu Madani digerakkan di kementerian, jabatan kerajaan - Mohd Na'im
Majlis ilmu Madani akan terus digerakkan di semua kementerian dan jabatan kerajaan bagi menyemarakkan budaya ilmu dalam masyarakat.