SHAH ALAM: Permainan lato-lato perlu diharamkan daripada dijual dan digunakan sebagai permainan kanak-kanak di negara ini kerana mengundang risiko keselamatan.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kadir berkata, adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.
Justeru, tindakan segera daripada pihak berkuasa perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
“Persoalannya bagaimana ia boleh masuk Malaysia? Jika negara lain boleh haramkan, kenapa kita mesti luluskan?
“Pada 10 tahun lepas CAP ada menyuarakan tentang garis panduan untuk permainan kanak-kanak melibatkan keselamatan kerana tinjauan CAP mendapati kebanyakan permainan kanak-kanak diimport dari luar negara tidak disahkan selamat kerana tidak mengikut garis panduan dari negara ini,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun Malaysia sudah mempunyai garis panduan bagi permainan kanak-kanak, terdapat banyak permainan dari luar negara yang tidak mengikut garis panduan yang akhirnya memberi kesan buruk kepada pengguna.
“Banyak kes sebelum ini yang mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak contohnya permainan pistol berpeluru yang terkena mata dan sebagainya.
“Bungkusan permainan dari luar juga ada yang tidak lengkap dengan tanda amaran,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 07 2023
Terdapat banyak permainan dari luar negara yang tidak mengikut garis panduan yang akhirnya memberi kesan buruk kepada pengguna. - Gambar hiasan
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Permainan lato-lato undang risiko keselamatan - CAP
Adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.