awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permaisuri Agong berangkat ke majlis penutupan ulang tahun ke-40 UIAM

Bernama
Bernama
09/12/2023
23:40 MYT
Permaisuri Agong berangkat ke majlis penutupan ulang tahun ke-40 UIAM
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar bersama pelajar yang membuat persembahan pada Majlis Penutup Ulang Tahun Ke-40 UIAM. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Sabtu berkenan berangkat ke Majlis Penutupan Ulang Tahun Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersempena Malam Amal Palestin malam tadi.
Tunku Azizah berangkat tiba di Pusat Kebudayaan UIAM pada 8.30 malam diiringi Presiden UIAM Tan Sri Samsudin Osman dan Rektor UIAM Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
Seri Paduka, yang merupakan Ketua Perlembagaan UIAM, turut berkenan menyaksikan beberapa persembahan pelajar dan alumni universiti itu yang berlangsung selama sejam antaranya dikir barat, caklempong, angklung, gamelan, wayang kulit, nyanyian nasyid serta persembahan anak-anak Palestin dari Sekolah Jasmine Ash-Sham.
Baginda kelihatan sebak sewaktu menyaksikan persembahan serta tayangan video anak-anak Palestin dan turut beramah mesra dengan mereka.
Tunku Azizah turut berkenan menyaksikan sumbangan RM40,000 yang disampaikan oleh Samsudin kepada Ketua Pelajar Palestin di universiti itu.
Sumbangan itu akan dimasukkan ke Tabung Anak-Anak Palestin UIAM bagi membantu pelajar Palestin yang berada di institusi tersebut.
Majlis Penutupan Ulang Tahun Ke-40 UIAM adalah sebagai simbolik bagi melabuhkan tirai tahun 2023 dan bersempena dengan penganjuran Malam Amal Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#UIAM
#Palestin
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan