Pasti ramai yang mengetahui Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya pandai memasak.

Itu antara lain turut digambarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dilontar soalan mengenai pasangan hidup baginda Tuanku itu menerusi temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.

Dalam perkembangan terbaru, Tunku Azizah sekali lagi tonjolkan kepakaran memasak baginda menerusi perkongsian di Twitter.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah, baginda memasak hidangan tersebut untuk dinikmati pekerja istana dan pengawal keselamatan.

Titah baginda, masakan tersebut adalah untuk mereka yang mengikuti aktiviti perkelahan di Pantai Balok.


Pastinya menerusi hantaran tersebut, mencuit perhatian netizen:


BACA: #AgongKita: Permaisuri Agong dedah punyai darah keturunan Cina

BACA: #AgongKita: 'So sweet' YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan


Ada juga yang mahu Tunku Azizah kongsikan resepi masakan tersebut.


BACA: Selamat hari keputeraan Raja Permaisuri Agong

Pada masa sama, baginda juga ada berkongsi khasiat daun munggai (bukan daun ketum seperti yang baginda berseloroh menerusi tweet yang sama).