KUALA LUMPUR: Indeks Permintaan Jualan PropertyGuru Malaysia menyusut 14.8 peratus pada suku keempat 2022 yang menggambarkan bakal pembeli rumah mungkin berdepan isu kemampuan atau kurang keyakinan terhadap harga hartanah di pasaran semasa, kata PropertyGuru Malaysia.
Menurutnya, Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) suku pertama 2023 menunjukkan harga hartanah terus meningkat walaupun berlaku penurunan permintaan daripada pembeli.
Laporan itu memaparkan trend menaik dalam Indeks Harga Jualan PropertyGuru Malaysia sebanyak 1.5 peratus suku ke suku berikutan peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus tahun lepas, yang menyumbang kepada peningkatan kos keseluruhan pemilikan hartanah.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, walaupun pasaran hartanah menyaksikan aktiviti sihat sepanjang 2022, laporan itu menunjukkan rakyat Malaysia masih terus berhati-hati untuk membuat keputusan pembelian yang besar.
"Peningkatan inflasi dan kos pinjaman lebih tinggi mengurangkan bajet bakal pembeli sekali gus memaksa penjual menaikkan harga bagi menanggung kos pelaburan hartanah yang tinggi.
"Ini mewujudkan fenomena di mana jurang harga di antara kedua-dua pihak terus melebar, seterusnya menyumbang kepada isu mampu milik perumahan yang kami jejaki sepanjang tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Harga permintaan untuk hartanah yang disenaraikan di PropertyGuru.com.my bagi keseluruhan 2022 meningkat 5.0 peratus.
Fernandez berkata trend meningkat ini dijangka berterusan kerana pembeli rumah sedia ada menaikkan harga hartanah bagi mengimbangi kos keseluruhan pemilikan rumah yang lebih tinggi disebabkan peningkatan kadar faedah.
Menurutnya laporan itu juga mendapati, susulan kenaikan harga hartanah, bakal pembeli rumah beralih kepada pasaran sewa yang menyaksikan Indeks Permintaan Sewa meningkat 32.9 peratus pada 2022.
Bekalan dalam penyenaraian sewa di laman web PropertyGuru menyaksikan peningkatan 19.6 peratus berikutan tuan rumah kembali memasuki pasaran sewa yang mempunyai permintaan positif untuk berdepan inflasi.
Sementara itu, Fernandez berkata, ketika ekonomi Malaysia dijangka tumbuh antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada 2023, pasaran hartanah dijangka kekal aktif dengan pertumbuhan positif.
"Bagaimanapun, pemain hartanah masih perlu mempertimbangkan isu kemampuan perumahan semasa dan menjangkakan permintaan sewa menurun pada separuh pertama tahun ini.
"Pada masa sama, ramai rakyat Malaysia sabar menunggu inisiatif bantuan kerajaan pada pembentangan semula Bajet 2023 serta penambahbaikan kadar inflasi sebelum membuat pembelian besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) suku pertama 2023 menunjukkan harga hartanah terus meningkat walaupun berlaku penurunan permintaan daripada pembeli. - Gambar hiasan/BERNAMA
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Permintaan hartanah Malaysia susut kerana harga meningkat pada suku keempat 2022 - PropertyGuru
Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) suku pertama 2023 menunjukkan harga hartanah terus meningkat walaupun berlaku penurunan permintaan daripada pembeli.