awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan e-baucar buku fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus

Bernama
Bernama
01/06/2024
23:45 MYT
Permohonan e-baucar buku fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Pada 30 Mei lepas, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar pembelian buku berjumlah RM100 kepada pelajar IPT semasa perasmian PBAKL 2024. - Foto Facebook KPT
PUTRAJAYA: Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
KPT memaklumkan penyaluran bagi fasa pertama itu adalah sebagai usaha kementerian untuk menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) dengan pembelian buku dibuat di platform BookCapital, kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga penganjur bersama PBAKL 2024.
"Penyaluran baucar buku selebihnya akan dibuat pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak," KPT memaklumkan dalam hantaran di laman Facebook rasminya, di sini semalam.
Menurut KPT, inisiatif baucar buku itu akan memanfaatkan lebih 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah kelolaan KPT.
Pada 30 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar pembelian buku berjumlah RM100 kepada pelajar IPT semasa perasmian PBAKL 2024.
Pengumuman tersebut merupakan satu langkah membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku sekali gus membugar budaya membaca terutama dalam kalangan pelajar IPT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBAKL
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#pelajar IPT
#baucar buku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan